Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 November 2023

Jenama KOVE Bakal Masuki Pasaran Negara Tahun Depan

Bagi para pengunjung litar Sepang (SIC) pada penganjuran GP Malaysia beberapa minggu lalu, pastinya telah melihat beberapa model baru iaitu KOVE yang diperkenalkan oleh AFY Mobility Industries (AMI).

KOVE 450 Rally beraksi dalam Dakar Rally 2023.
KOVE 450 Rally beraksi dalam Dakar Rally 2023.
KOVE 321RR '22' beraksi dengan cemerlang di beberapa siri perlumbaan di Eropah.
KOVE 321RR '22' beraksi dengan cemerlang di beberapa siri perlumbaan di Eropah.

Terdapat lima model yang berada di ruang pameran tersebut iaitu KOVE 500X, KOVE 321RR, KOVE 450RR, KOVE Cobra 321RR dan KOVE 450 Rally Factory Edition.

Model-model KOVE yang dipamerkan di SIC sempena GP Malaysia 2023.
Model-model KOVE yang dipamerkan di SIC sempena GP Malaysia 2023.

Menurut info yang dikongsikan, KOVE merupakan jenama dari China tetapi 100% daripada produk syarikat ini adalah untuk tujuan eksport sahaja. Bermula dari Eropah, KOVE kini telah meluaskan pasarannya ke Amerika dan kini Asia.

KOVE turut hadir di Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA. Kredit Foto: EICMA
KOVE turut hadir di Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA. Kredit Foto: EICMA

Untuk membuktikan kemantapan produk ini, KOVE turut memberi saingan dalam beberapa siri perlumbaan di peringkat global, antaranya ialah WorldSSP 300 menggunakan jentera 321RR, Spanish Superbike Championship juga dengan model 321RR dan Dakar Rally dengan menggunakan 450 Rally.

KOVE 500X merupakan model pengembaraan yang hadir dengan enjin 471cc, 4 lejang, DOHC, sistem penyejuk cecair, Euro 5 yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 35kW pada 8,500rpm dan tork 43Nm pada 7,500rpm. Menurut pihak KOVE, model ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa enam saat manakala laju maksimumnya ialah sekitar 170km/j.

Posisi menunggang tegak dan bar hendalnya yang lebar memberi keselesaan untuk tunggangan jarak jauh. Kemantapan pengendaliannya hadir daripada fork hadapan USD boleh laras yang dipadankan dengan lengan ayun aluminium beserta penyerap hentak mono juga jenis boleh laras.

Tayar hadapan KOVE ini bersaiz 110/80-19 manakala di belakang pula 150/70-17R yang dipasangkan dengan brek-brek cakera jenis Nissin dan sistem ABS.

Ciri-ciri lain:

  • lampu-lampu LED
  • panel meter digital
  • pelindung enjin
  • bar pelindung
  • Tinggi pelana 820mm
  • Isi tangki 20 liter

Ingin miliki model sport yang 'cun' dan berprestasi tinggi, tunggu ketibaan KOVE 450RR. Model ini direka dengan memberi tumpuan kepada aerodinamik dan ketangkasannya untuk memecut serta meratah selekoh-selekoh tajam.

Model ini dilengkapi dengan enjin 443cc, 4 silinder, DOHC, sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa 52kW pada 13,000rpm dan tork 39Nm pada 10,500rpm. KOVE 450RR berkeupayaan memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.2 saat dan laju maksimum yang dinyatakan ialah 220km/j.

Kerangka model ini dari keluli ringan (bertegaran tinggi) menyumbang kepada berat keseluruhan ini hanya 165kg sahaja. Dipadankan pada casis 450RR ini ialah sepasang fork hadapan jenis terbalik berdiameter 41mm dan penyerap hentak tunggal boleh laras di belakang. Kedua-dua tayar model ini disempurnakan dengan brek cakera bersaiz 300mm (depan) dan 220mm (belakang) lengkap dengan sistem ABS.

Ciri-ciri menarik lain:

  • Traction Control
  • Electronic Shift (upshift)
  • Slipper clutch
  • Launch control

KOVE 321RR...inilah model yang digunakan dalam perlumbaan WorldSSP 300. Sebuah jentera sportbike dwi-silinder dengan enjin 322cc FOHC, sistem sejukan cecair yang menghasilkan kuasa 38.9hp pada 11,000rpm dan tork 28Nm pada 9,000rpm. Walaupun hanya bersaiz sederhana, ia mampu dipecut mencecah 170km/j.

KOVE 321RR yang digunakan dalam saingan WorldSSP 300.
KOVE 321RR yang digunakan dalam saingan WorldSSP 300.

Lampu depannya jenis LED direka cukup moden, bersepadanan dengan rekaan keseluruhan 'bentuk tajam' yang menjurus kepada faktor 'kelajuan & kuasa pecutan'. Rekabentuk tangki bersaiz 13 liter itu memudahkan penunggang mengepit sewaktu membelok. Lengan ayun tunggal yang dipadankan dengan bentuk ekzos moden yang dimiliki oleh model 321RR ini memang cukup 'garang' sekali.

Model ini seberat 151kg yang sememangnya mudah untuk dikawal pada setiap keadaan. Pelana yang hanya setinggi 760mm memudahkannya untuk ditunggang oleh hampir sesiapa sahaja. Untuk menjaga keselamatan pemiliknya, 321RR dilengkapkan dengan sistem ABS dan Slipper Clutch yang menghalang roda belakang daripada kehilangan daya tarikan ketika menurunkan gear secara mendadak.

Ciri-ciri menarik:

  • Fork hadapan jenis terbalik, diameter 37mm
  • Lengan ayun sisi tunggal dengan penyerap hental mono
  • Brek hadapan 320mm + ABS
  • Brek belakang 240mm + ABS
  • Traction control

KOVE Cobra 321RR boleh menjadi teman anda untuk tunggangan harian khusussnya di kawasan urban. Rekabentuk modennya dapat dilihat dari semua sudut. Casisnya jenis trellis tampak cukup sasa yang dipadankan pula dengan lampu-lampu LED, panel meter TFT, bahagian belakang yang tajam, ekzos dwi warna dan lengan ayun sisi tunggal.

Beratnya yang hanya 153kg menjadikan KOVE versi naked ini mudah untuk dikawal dalam semua kelajuan termasuk penunggang wanita. Ia turut dilengkapkan dengan fork hadapan jenis terbalik yang berupaya menyerap setiap hentakan dengan baik dan tepat.

Tayar-tayar bersaiz 110/70R17 (depan) dan 150/60R17 di belakang mendapat pasangan brek-brek cakera berkualiti tinggi yang lengkap dengan sistem ABS.

KOVE 450 Rally Edition merupakan sebuah model lasak yang mendapat perhatian ramai ketika dipamerkan di SIC tempohari. Model yang mendapat pujian selepas beraksi di Dakar-Rally ini hadir dengan enjin 449cc, silinder tunggal, DOHC, sistem penyejuk cecair/minyak yang berkuasa 38kW pada 9,000rpm dan tork 40Nm pada 7,000rpm.

Walaupun ia cukup cemerlang merentasi laluan-laluan lasak, 450 Rally juga boleh dipacu di jalanan biasa. Ia menggunakan fork hadapan Yu Yan, jenis terbalik dan boleh dilaras sepenuhnya – terbukti mengawal setiap pergerakan dengan cemerlang.

Tayar hadapan bersaiz 90/90-21 digabungkan dengan tayar belakang 140/80-18 yang cukup sesuai untuk jadikan perjalanan kita menyeronokkan. Dengan merampingkan pelindung sisi enjin, rekabentuknya kini lebih ergonomik dan selesa.

Kita kini perlu menunggu bilakah kesemua model-model ini akan dilancarkan secara rasmi dan berapa pula harganya? Harap bersabar! RR

Isu Pada

Januari 2024

Popular

  • Warta Roda

    Pelajar Sekolah Maut Selepas Motosikal Dinaiki Rempuh Lori

  • Model Baru

    Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

  • Model Baru

    ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

  • Dari Litar

    Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

  • Warta Roda

    Kemalangan di Lebuhraya Karak. Penunggang Motosikal Dikesan Polis

Artikel berkaitan

Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

ARIIC 318GT Secara Rasmi Dilancarkan – RM 22,888

Mforce Bike Holdings akan lancarkan skuter unik, SYM CLBCU. Harga rasmi belum dinyatakan....

SYM Naga 150 Bakal Diperkenalkan di Malaysia

BMW Motorrad Malaysia Memperkenalkan BMW S 1000 RR dan F 900 GS Adventure Baru. Harga bermula dari RM95,500

Pencabar Baru Segmen Cruiser, BENDA LFC700 PRO - RM48,888

Suzuki SV650 Final Edition - RM29,900

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Fabio Quartararo Kembali Julang Yamaha di Podium. Alex Marquez Raih Kemenangan Pertama

Perlumbaan MotoGP pusingan kelima yang berlangsung di Litar Jerez sememangnya penuh dengan drama. Kita bermula dengan prestasi luar biasa yang dipamerkan oleh Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) yang akhirnya berjaya meraih petak paling hadapan.

Model Baru

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM TTLBT 508 bakal menemui para peminat skuter 'Sport Touring' pada hujung 2025 atau awal 2026.

Model Baru

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kami (RR) akan di kilang SYM di Taiwan untuk melihat dan menunggang uji skuter adventure terbaru iaitu ADXTG 400. Tapi... adakah SYM TTLBT pun akan masuk ke pasaran negara?

Dari Litar

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Boon Siew Honda telah mengumumkan nama pasukan baru tahun ini iaitu Honda Racing Malaysia untuk memberi cabaran dalam saingan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC), Superbike World Championship (WSBK), dan Malaysia Superbike Championship (MSBK).