☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Disember 2023

Kawasaki Ninja ZX-10RR Winter Test Edition - Edisi Paling Eksklusif

Kawasaki Ninja ZX-10RR merupakan salah satu jentera paling kompetitif dalam Kejohanan Dunia Superbike (WSBK) dan pernah menjadi juara sebanyak 7 kali, termasuk 6 kali berturut-turut.

Untuk meraikan kejayaan ini, Kawasaki telah melancarkan Ninja ZX-10RR versi edisi yang amat terhad Winter Test Edition (Edisi Ujian Musim Sejuk). Kawasaki Ninja ZX-10RR Edisi Ujian Musim Sejuk 2024 dibuat lebih istimewa dengan hanya 25 unit yang akan dihasilkan. Setiap basikal telah direka dan disediakan oleh jabatan teknikal WSBK Kawasaki Racing Team (KRT), dan diselaraskan dengan piawaian ketat pasukan perlumbaan.

Pemilik bertuah edisi ini akan mendapat motosikal dengan warna istimewa yang mirip KRT WSBK ketika ujian musim sejuk. Terdapat juga plat bernombor pada pelindung tangki, serta sistem ekzos daripada Akrapovic. Sebagai tambahan, pemilik akan mendapat pas VIP untuk dua orang ke mana-mana pusingan WSBK 2024 pilihan mereka. Pas khas melayakkan mereka untuk melawati paddock semasa pusingan WSBK pilihan mereka, serta akses VIP ke hospitaliti dan garisan permulaan Kawasaki Racing Team. Mereka juga akan mendapat lawatan berpandu ke KRT Box dan bertemu serta bersalaman dengan pelumba Team Green Alex Lowes dan Axel Bassani. (Patutlah saya bermimpi untuk menjadi golongan kayangan, namun hanya kekal mimpi. Huhu.)

Selain daripada faedah istimewa dan ciri tambahan apabila membeli motosikal ini, ia merupakan jentera dengan prestasi yang dipertingkatkan. Enjinnya 998cc, penyejuk cecair, suntikan bahan api, empat silinder sebaris itu menghasilakn 214hp dan 111.8Nm sebelum mencampurkan kesan ciri Ram Air.

Ciri lain termasuk rangkaian elektronik yang komprehensif seperti quickshifter, kawalan cengkaman dan kawalan selekoh. Terdapat juga peredam stereng (steering damper) Ohlins untuk memastikan kestabilan optimum. Ia juga dilengkapi dengan kawalan jelajah (cruise control), dan paparan TFT penuh warna yang besar.

Harganya mestilah jugak berstatus kayangan: EUR33,000 (RM167,640.07 sebelum mengira berbagai cukai di Malaysia). Hanya 25 unit akan dihasilakn dengan 10 yang dikhaskan untuk pasaran Perancis.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.