Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Disember 2019

BMW S 1000 RR, R 1250 R & R 1250 RS Tiga Model Baru Diperkenalkan

BMW merupakan sebuah jenama motosikal yang semakin mendapat sambutan di hati para pengguna motosikal di Malaysia. Model-model tersebut menawarkan keanggunan rupabentuk dan daya tahan enjin yang lebih baik.

Bersempena dengan perlumbaan MotoGP Malaysia 2019, BMW Motorrad Malaysia secara rasminya melancarkan tiga barisan model terbaru mereka dalam segmen Superbike dan Roadster di litar Antarabangsa Sepang pada 1 November lalu. Antara tiga model tersebut ialah BMW S 1000 RR, R 1250 R dan R 1250 RS. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua BMW Motorrad Malaysia, Mr. Owen Riley.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Mr. Harald Hoelzl berkata, “Sebagai peneraju dalam industri automotif premium, kami akan terus berikhtiar agar dapat menyuntik inovasi dalam produk kereta dan motosikal untuk menawarkan kualiti yang terbaik dari segi kuasa, prestasi dan kecekapan buat para pelanggan supaya mereka dapat merasakan pengalaman tunggangan yang lebih baik ketika berada di atas jalan raya atau litar lumba. Portfolio kami yang terdiri daripada motosikal premium terus melakar pencapaian yang menjadi tanda aras dalam bidang industri permotoran sejak lebih daripada satu abad.”

“Kelajuan, ketangkasan dan prestasi merupakan satu bentuk asas setiap jentera BMW. Dalam segmen Roadster, motosikal kami hadir dengan daya tahanan yang tinggi sama seperti model superbike dalam segmen sport di mana kami memfokuskan kelajuan serta kelincahan,” kata Mr. Owen Riley.

Bagi penggemar jentera perlumbaan, S 1000 RR merupakan sebuah model generasi ketiga ‘lagenda litar lumba’, di mana komponen enjin dan saspensi telah melalui proses pembangunan yang komprehensif terus menjadi penanda aras dalam sektor superbike dan lengkap dengan rekabentuk serba sporty.

Berbeza dengan model yang lama, S 1000 RR baru menggunakan rekaan lampu utamanya yang sama bentuk di kedua-dua belah. Lebih menarik, lampu belakangnya telah digabungkan dengan lampu isyarat.

BMW S 1000 RR  dilengkapi dengan enjin 999cc, 4 silinder, sistem penyejuk cecair dengan teknologi BMW ShiftCam memiliki kuasa maksimum 152kW (207hp) pada 13,500rpm dan tork 113Nm pada 11,000rpm mampu mencapai kelajuan tertinggi melebihi 200km/j. Jentera ini juga turut dipadankan bateri ringan ‘M’ yang bebas penyelenggaraan dengan kuasa berjumlah 12V/8Ah.

Kerangka utamanya telah direka baru yang digelar sebagai “Flex Frame” dan membentuk tangki bahan apinya tampak lebih langsing. Panel meternya turut menampilkan paparan TFT 6.5 inci yang dihubungkan dengan penggunaan “Multi Control” pada panel bar hendal sebelah kiri dengan mudah.

Pakej M Sport menyerlahkan lagi S 1000 RR menerusi tempat duduk M Sport eksklusif, lampu brek, bateri serba ringan dan rim gentian karbon.


Terdapat empat mod tunggangan sebagai standard iaitu Road, Rain, Dynamic dan Race. Selain itu, S 1000 RR menampilkan “Pro Modes” buat para penunggang yang menawarkan tiga lagi mod tunggangan seperti Pro 1, Pro 2 dan Pro 3. Antara ciriciri lain yang menarik adalah Dynamic Damping Control (DDC), ABS Pro, DTC Wheelie, Launch Control, Hill Start Control (HSC), Shift Assist Pro, lampu-lampu LED dan tinggi pelana 824mm. BMW S 1000 RR boleh didapati pada harga RM138,500.

Beralih pula kepada BMW R 1250 R dan R 1250 RS. Model-model ini menampilkan rekaan jentera roadster sebenar yang kini lebih anggun, menarik dan bergaya sekali. Kedua-dua model tampil dengan enjin jenis ‘boxer’ yang ditala semula untuk menawarkan kuasa dan tork yang lebih tinggi. Enjin bersesaran 1,254cc mampu menghasilkan kuasa maksimum 100kW pada 7,750rpm dan tork 143Nm pada 6,250mm.

Kedua-dua jentera dipadankan dengan dua mod tunggangan standard supaya motosikal tersebut dapat disesuaikan mengikut kemahuan penunggang. Sistem Automatic Stability Control membekalkan tahap keselamatan tunggangan menerusi fungsi cengkaman yang cemerlang. Bagi sistem Hill Start Control pula membolehkan pengguna berhenti dan memulakan perjalanan di permukaan jalan curam.

R 1250 R dan R 1250 RS turut dilengkapi dengan mod tunggangan tambahan “Riding Modes Pro” antaranya Dynamic dan Dynamic Pro. Dengan adanya Dynamic Traction Control (DTC), ia dapat membekalkan kadar pecutan lebih efisien dan selamat. Sistem Dynamic Brake Control turut menawarkan ciri-ciri keselamatan tambahan. Antara ciri-ciri menarik lain ialah fork USD, lampu-lampu LED, paparan meter TFT dan sistem penghidup tanpa kunci (keyless).

Hadir dengan rekabentuk Style HP, R 1250 R merupakan jentera roadster dengan kombinasi warna Lightwhite, Racing Blue dan Racing Red yang ditawarkan pada harga RM102,500. Manakala R 1250 RS hadir dengan ‘Style  Exclusive’ menampilkan kemasan badan berwarna Imperial Blue yang berharga RM106,500. RR

Isu Pada

Disember 2019

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027: Lebih Agresif....Kawalan Lebih Cekap

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Harga Rasmi BMW F 450 GS Trophy Diumumkan - Bermula RM39,900

Suzuki Malaysia Pertonton SV-7GX di KLIMS

Morbidelli Perkenalkan SC200SR, ViZY 125 & C252V - Bermula RM4,988

SYM HUSKY 200 Curi Tumpuan di MBS 2026 - RM10,998

BRIXTON Sedia Mencabar Dengan 2 Model Baru - 625V dan Moucca 250

VOGE Perkenalkan Dua Model Kembara Baru: DS625X dan DS800X Rally

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Qabil Irfan Azlan melakar sejarah peribadi apabila meraih podium sulung dalam saingan Moto4 European Cup

Dari Litar

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

Qabil Irfan Azlan mahu meneruskan momentum positif apabila mengharungi Pusingan 3 Moto4 European Cup 2026 yang berlangsung di Litar Jerez.

Dari Litar

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan MotoGP Malaysia akan terus dianjurkan selama lima tahun lagi.

Dari Litar

Penantian 10 tahun Malaysia, Hakim Danish Cipta Sejarah Baru

Hakim Danish Ramli melakar sejarah apabila meraih kemenangan sulungnya dalam Kejuaraan Dunia Moto3 selepas muncul juara di GP  Republik Czech.