☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Disember 2019

Modenas Lancar KRISS 110 & Pulsar NS160

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah melancarkan dua model serba baru iaitu KRISS 110 dan Pulsar NS160 pada akhir September lalu. Pengenalan kepada kedua-dua model ini adalah satu lagi usaha hebat MODENAS untuk menguasai pasaran motosikal negara.

Tidak dinafikan model KRISS edisi pertama yang juga popular dengan gelaran 'Ikon Rakyat' telah berjaya menambat hati para pengguna motosikal dengan kejayaan penjualan sebanyak 800,000 unit dan pihak MODENAS berharap model baru ini akan mengembalikan saat kegemilangan itu seperti apa yang telah dikecapi pada tahun 1997 yang lalu.

Model serba baru ini didatangkan dengan enjin 110cc, berkuasa 4.9kW pada 8,000rpm dan tork 6.7Nm pada 6,000rpm yang menepati piawaian Euro 3 dan diiktiraf sebagai kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV). Dengan pelana setinggi 755mm, jentera ini sememangnya direka untuk kesesuaian semua jenis penunggang tidak kira siapa. KRISS 110 turut dilengkapi dengan r u a n g bawah pelana yang luas – cukup praktikal sekali!

Antara ciri-ciri menarik lain yang dimiliki oleh MODENAS ini ialah panel meter cukup jelas, lampu hadapan lebih sporty, rim lima jejari yang mantap dan sistem saspensi yang stabil. Kriss 110 ditawarkan pada harga RM3,377 dengan waranti dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

“Ini adalah masa terbaik bagi MODENAS untuk menyasarkan penjualan bagi dua segmen berbeza iaitu entry-level dan pertengahan yang akan memperluaskan lagi pasaran jentera MODENAS untuk jutaan pengguna motosikal di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Kumpulan DRBHICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar yang menyempurnakan majlis pelancaran pada hari tersebut.

Untuk Pulsar NS160 pula adalah antara model jalanan yang cukup menarik dan sesuai untuk golongan remaja. Bentuknya cukup sporty dan memiliki hantaran kuasa yang mantap. Sistem suntikan bahan api yang disempurnakan pada jentera ini memastikan pecutan lebih lancar dan menjimatkan penggunaan bahan api.

Jentera jalanan yang ditawarkan pada harga RM7,577 ini dimantapkan dengan sistem transmisi lima kelajuan, penyerap hentak mono Nitrox, lampu-lampu LED dan posisi menunggang yang selesa.

Menurut En Roslan Roskan, CEO Modenas, syarikat ini sentiasa melakukan penyelidikan dan pembangunan motosikal agar menepati permintaan para pelanggan dan hasilnya dibuktikan dengan pengeluaran 17 buah produk, pelbagai varian sejak penubuhannya. Ini termasuk model-model kerjasama dengan Bajaj Auto Limited seperti model Pulsar NS160. RR

Isu Pada

Disember 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.