☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Disember 2019

Triumph Street Triple RS

Model jalanan cukup mantap dari Triumph, Street Triple RS baru telah diperkenalkan dengan spesifikasi yang lebih menarik dan lebih mantap. Enjin tiga silinder, jentera 765cc ini menawarkan kuasa maksimum 121.36bhp pada 11,750rpm dan tork 79Nm pada 9,350mm. Street Triple RS baru ini juga menjanjikan respons yang lebih cepat dalam semua peringkat.

Dari pandangan luaran, jentera ini menarik minat ramai menerusi lampu utama LED yang lengkap dengan DRL lebih cantik, tubuh badan yang lebih sporty, peredam bunyi dengan kemasan gentian karbon, bar hendal serba baru dan kerangka titanium  baru. Panel meter TFT yang dilengkapkan pada model ini memiliki empat paparan dan warna berbeza. Sudut skrin paparan juga boleh diubah mengikut keselesaan seseorang penunggang itu.

Model ini dilengkapkan dengan teknologi terkini seperti Triumph Shift Assist, 5 mod tunggangan, sistem traction control dan sistem ABS. Untuk menjadikan setiap saat bersama jentera ini menggembirakan, model baru ini dilengkapi dengan sistem saspensi jenis Showa di depan/ Ohlins di belakang yang berprestasi tinggi, brek-brek jenis Brembo dan tayar-tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP yang memiliki cengkaman yang cemerlang.

Dengan ciri-ciri baru serba hebat ini, para pemiliknya kelak akan dapati Triumph Street Triple RS merupakan model jalanan berkuasa, lincah dan menawarkan pengendalian cukup mantap. Jentera ini sememangnya sesuai untuk semua jenis perjalanan tidak kira di jalanraya biasa mahupun di litar. RR

Isu Pada

Disember 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.