☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 Mac 2024

Triumph Tampilkan Rocket 3 Storm GT dan Storm R Baru

Tanpa disangka, sudah 20 tahun sejak kemunculan model Rocket III ke dalam pasaran motosikal global sebagai jentera 'roadster' yang memiliki enjin mantap dan rekabentuk 'berotot' yang cukup garang.

Kini generasi baharu Rocket diperkenalkan yang menawarkan lebih prestasi, pengendalian yang lebih baik dan skema warna menarik. Ia juga diberikan nama baru iaitu Rocket 3 Storm.

Model ini menampilkan enjin motosikal pengeluaran terbesar di dunia dengan kapasiti 2,458cc dan berpiawaian Euro 5. Rocket 3 Storm R dan GT baru ini memiliki hantaran kuasa setinggi 15PS, menghasilkan 182PS besar pada 7,000rpm. Tork juga telah ditingkatkan sebanyak 4Nm, mencapai kemuncak baru 225Nm pada 4,000rpm.

Tayar belakang bersaiz 16-inci dan depan 17-inci telah dikemas kini dengan reka bentuk rim aluminium tetuang sepuluh jejari yang lebih sporty. Kerangka aluminium lebih ringan yang memberi kesan positif pada tindak balas pengendalian semasa bergerak dan meningkatkan ketangkasan Rocket baru ini.

Rocket 3 Storm baharu menampilkan skema warna gelap dan moody yang dipadankan dengan tahap perincian kualiti yang sempurna. Tangki 18 liter yang besar menampilkan nama Storm baru, dan setiap varian mempunyai tiga pilihan warna dua tona yang tersendiri.

Paul Stroud, Ketua Pegawai Komersial Triumph, berkata: “Dikenali di seluruh dunia sebagai model Muscle Roadster, Rocket telah mencapai jualan global lebih daripada 18,000 sejak enjin 2.5 liter diperkenalkan pada 2019. Dengan mendengar maklum balas daripada pelanggan kami, kami tahu para penunggang menginginkan lebih banyak lagi. Maka lahirlah Rocket 3 Strom R dan GT ini.

R boleh didapati dalam warna Carnival Red dengan Sapphire Black, Satin Pacific Blue dengan Matt Sapphire Black dan Sapphire Black dengan Granite. GT pula boleh didapati dalam warna yang sama, tetapi suduh pada pecahan tangki diterbalikkan. Rocket 3 Storm juga didatangkan dengan kemasan hitam yang berkualiti tinggi.

Antara ciri-ciri menarik lain yang ditawarkan oleh Triumph ini:

  • Cornering ABS
  • Sistem Traction Control
  • Cruise Control
  • Lampu-lampu LED
  • Hill Hold Control
  • Socket pengecas USB
  • Empat mod tunggangan (Rain, Road, Sport & Rider-configurable)
  • Berat 317kg (R) & 320kg (GT)
  • Paparan meter TFT

Triumph Rocket 3 Storm GT dan Storm R akan berada di pasaran dunia pada awal April 2024.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).