☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Januari 2018

Scomadi TT125i Serba Baru Diperkenalkan

Scomadi Worldwide Ltd kini telah bekerjasama dengan Scomadi Asia Pasific Co., Ltd yang berpengkalan di Thailand untuk menghasilkan sebuah jentera terbaru iaitu Scomadi TT125i. Majlis pelancaran model baru ini telah diadakan di acara Autoshow Best Of Scomadi 2.0 di Kilang Bateri, Johor.

Majlis pelancaran model baru ini diserikan dengan kehadiran En. Ronnie Chen, Pengarah Eksekutif Motor Legend Enterprise (MLE) Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jentera Scomadi di Malaysia dan Ms Lee Sau Kuen, Pengurus Besar MLE Sdn Bhd.

“Berbanding dengan model-model sebelum ini, Scomadi TT125i telah diberi penambahbaikkan dari semua segi terutamanya enjin, casis dan termasuklah rekabentuk luaran. Demi kepuasan dan keyakinan para pencinta motosikal, Scomadi Thailand telah melabur sebanyak 300 juta bath untuk pembangunan kilang di Thailand yang kini mampu mengeluarkan kira-kira 20,000 unit setahun,” kata En. Ronnie Chen.

Scomadi TT125i bersesaran 124.6cc, silinder tunggal, SOHC dan suntikan bahan api yang menawarkan kuasa hantaran 7.0kW pada 8,000rpm dan tork 9.67Nm pada 7,200rpm. Model ini juga diperkemaskan dengan casis jenis tubular manakala sistem saspensi yang dilengkapkan pada model ini menjanjikan penyerapan hentakan yang baik. Untuk pergerakan yang selamat dan sempurna,

Scomadi TT125i didatangkan dengan tayar hadapan bersaiz 110/70-12 dan 120/70-12 di belakang jenis Pirelli.

Antara ciri-ciri menarik lain ialah lampu utama dan belakang LED, panel meter digital, rekaan luaran yang lebih berkualiti, pelana baru, menepati piawaian Euro 4, sistem brek CBS, posisi menunggang yang selesa dan sistem nyalaan digital.

Model ditawarkan dalam empat warna cukup menarik iaitu Black, Red, Silver dan Matt Grey. Dijangkakan akan memasuki pasaran pada Februari 2018 dengan harga pasaran di dalam lingkungan RM12,000 (tidak termasuk GST).

Para pemilik Scomadi yang berada di majlis pelancaran tersebut turut berpuas hati dengan kualiti yang kini dimiliki oleh jentera ini dan ia membuktikan kesungguhan Scomadi dalam mengeluarkan produk-produk yang cukup berbaloi untuk dimiliki.

“Memang banyak beza jika hendak dibandingkan dengan model-model terdahulu terutamanya dari segi kemasan luaran dan kelancaran enjinnya. Kualiti amat penting kerana jentera ini digunakan hampir ke mana sahaja dan sudah pasti jentera yang tidak tahan lasak sukar untuk dipercayai. Tahniah buat Scomadi kerana TT125i baru memang menepati citarasa dan keinginan kami,” komen Md Kazim, Presiden Scomadi Kelantan yang hadir bersama-sama 15 lagi pemilik Scomadi.

Sementara itu, acara Autoshow Best Of Scomadi 2.0 yang telah dijalankan berjaya mengumpulkan sejumlah 150 buah Scomadi TT125 dan TL200 yang hadir dari seluruh semenanjung negara dan Singapura.

“Tujuan acara ini adalah untuk mengumpul para pencinta jentera Scomadi dan mempersembahkan kreativiti dalam mencantikkan jentera masing-masing. Scomadi masih baru di negara kita dan inilah masanya untuk mengenengahkannya di pasaran tempatan. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan motosikal cantik pelbagai kategori, gymkhana, Scomadi terlambat dan ekzos terbingit,” kata penganjur acara ini, Along Scomadi Johor (SJ).

Perkarangan Kilang Bateri meriah dengan kehadiran jentera-jentera Scomadi yang telah diubahsuai dengan menarik dan berwarna warni. RR

Isu Pada

Januari 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.