☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Mei 2024

QJMOTOR SVT 650 X, SRV 700 & Skuter Maksi, Fortress 350 Masuki Pasaran Negara

MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama QJMOTOR di Malaysia telah menambah tiga lagi model terbaru iaitu SVT 650 X, SRV 700 dan sebuah skuter maksi, Fortress 350 sempena pameran Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS, Serdang, Selangor.

Tidak dinafikan model skuter Maksi, Fortress 350 yang paling mendapat perhatian oleh para pengujung di ruang pamera QJMOTOR Malaysia. Skuter ini didatangkan dengan enjin 350cc, silinder tunggal, 4-lejang dan mampu menghasilkan kuasa maksimum 25kW pada 7,500rpm dan tork 35.2Nm pada 6,000rpm

Turut tersedia antarnya sistem pemantauan tekanan tayar (TPSM) serta kamera  dahscam yang terdapat pada bahagian hadapan motosikal. Apa yang paling menarik sekali, skuter maksi ini dilengkapi dengan sistem kunci pintar bersama kad tanpa wayar yang menggunakan teknologi NFC. Dah macam kereta pula!

Antara spesifikasi lain seperti cermin oenghadang angin boleh lara, meter TFT dengan sam unga Bluetooth, soket USB, tinggi pelana 720mm da nisi tangki 14 liter. Skuter sememangnya sebuah jentera yang sangat sronok untuk dibawa mengembara kerana memiliki ruang simpan barang di bawah pelana cukup luas.

Harga asas yang ditawarkan RM23,888 dan hadir dengan dua warna iaitu Gold dan Black.

Bagi penggemar motosikal Adventure, SVT 650 X menampilkan rekabentuk yang mantap sekali menerusi rupa hadapan yang dipadankan dengan lampu LED beserta Daytime Running Light (DRL). Paparan meter TFTnya diperkemaskan dengan info-info yang tersusun.

Model ini menggunakan enjin 650cc, dua silinder, 8-injap dengan sistem penyejuk cecair. Sistem transmisi 6-kelajuan dapat menghasilkan kuasa maksimum 56kW pada 9,000rpm dan tork 65Nm pada 8,000rpm.

Antara perincian lain pada SVT 650 X ini adalah berat 236kg, tangki bahan api 20 liter, fork teleskopik jenis USD di depan, penyerap hentak tunggal jenis damper di belakang, brek cakera berkembar 320mm (depan), cakera tunggal 260mm (belakang), sistem ABS dua saluran dan sistem suntikan bahan api.

Harga asasnya pula adalah RM35,888 yang didatangkan dalam dua pilihan warna menarik seperti Yellow dan Gold.

QJMOTOR turut mencuri perhatian dengan perkenalan SRV 700. Model ini merupakan motosikal jenis cruiser yang didatangkan dengan kapasiti enjin 698cc.

Walaupun ia hanyalah sebuah jentera cruiser, SRV 700 yang menggunakan enjin silinder berkembar, 8-injap, DOHC dengan sistem penyejuk cecair mempu menawarkan kuasa maksimum 75hp pada 8,750rpm dan tork 68.2Nm pada 6,250rpm. Untuk pasaran negara, model ini digerakkan menggunakan sistem pacuan akhir jenis rantai. Namun ada begara yang menggunakan pacuan jenis tali sawat.

Ciri-ciri lain seperti transmisi 6 kelajuan, penghidup elektrik, tinggi pelana 720mm, berat 208kg, isi tangki 16 liter, tayar bersaiz 130/90-16 di depan, 150/80-16 bagi tayar belakang, brek-brek cakera dan sistem ABS dua saluran.

SRV 700 menampilkan tiga pilihan warna iaitu Matt Black, Black dan Green. Harga asasnya pula adalah RM33,888. RR

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).