☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Julai 2024

Ducati DesertX Discovery – Direka Untuk Laluan Lebih Lasak

Kemunculan Ducati DesertX ternyata memberi pilihan terbaik buat pencinta jenama dari Itali itu menikmati pengembaraan di laluan lebih lasak seperti di gurun, berbatu dan di dalam hutan. Selain itu, ia juga sesuai untuk dijadikan teman pengembaraan jarak jauh dengan menampilkan spesifikasi enjin yang mantap dan sistem elektronik moden.

Terkini, Ducati telah memperkenalkan versi terbaru iaitu DesertX Discovery bagi penggemar sejati dunia ‘off-road’. Model yang diasaskan daripada DesertX Rally ini telah dipertingkatkan untuk tunggangan lebih mantap. Antara ciri-ciri terbaru ialah pada bahagian pelindung tangan bertegaran tinggi, pemanas pendikit, pelindung enjin dan pelindung radiator.

Model ini disempurnakan dengan enjin Testastretta 937cc, silinder berkembar-L, sistem penyejuk cecair yang menghasilkan hantaran kuasa setinggi 110hp pada 9,250rpm dan tork 92Nm pada 6,500rpm.

Untuk pengendalian lebih tangkas, Discovery didatangkan dengan cermin pengadang angin lebih tinggi. Kotak barang sisi aluminium dan sub-kerangka model ini juga direka lebih kukuh untuk tunggangan 'off road'. Penyerapan yang mantap disumbangkan oleh fork hadapan jenis USD boleh laras sepenuhnya dan penyerap hentak tunggal KYB di belakang juga boleh laras sepenuhnya.

DesertX Discovery didatangkan dengan tayar-tayar bersaiz 90/90-21 M/C 54V (depan) dan 150/70 R18 M/C 70V (belakang) yang dipadankan dengan sistem brek cakera jenis Brembo berserta ABS untuk kedua-dua tayarnya.

Ducati turut melengkapkan model ini dengan tongkat tengah bagi memastikan jentera ini diparkir dengan selamat. DesertX ini juga hadir dengan sistem elektronik moden seperti Cornering ABS, Traction Control, Mod Tunggangan, Mod Kuasa, Ducati Wheelie Control, Engine Brake Control, Ducati Quick Shif Up/Down, Cruise Control dan banyak lagi.

Sistem pencahayaan model ini menggunakan lampu-lampu LED manakala sistem multimedia boleh diakses menerusi panel meter TFT. Tinggi pelana (standard) untuk model ini ialah 875mm tetapi turut ditawarkan sebagai aksesori ialah pelana lebih tinggi (890mm), pelana rendah (865mm) dan pelana + kit saspensi rendah (845mm). RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.