☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 Julai 2024

Honda CRF250 Rally Diperkenalkan. Harga asas RM28,599

Selepas model melancarkan model skuter NSS250, Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan pula jentera lasak iaitu CRF250 Rally. Model ini sudah semestinya menarik minat para pencinta dua roda yang sukakan pengembaraan. Model ini hadir dengan enjin 250cc, silinder tunggal yang berkuasa 18kW pada 9,000rpm dan tork 23Nm pada 6,500rpm.

Lihat sahaja pada rekabentuknya, kita sudah dapat mengagak ianya dicipta berasaskan model perlumbaan CRF450 Rally Dakar. Lampu depan (LED) berbentuk bulat memang lawa, cermin pengagang angin jenis 'floating', fork hadapan USD jenis Showa, sistem ABS dan sistem Assist & Slipper Clutch.

Untuk pengendalian yang mantap, khususnya di laluan sukar, CRF250 Rally ini didatangkan dengan lengan ayun baru yang lebih ringan. Tangki CRF ini bersaiz 12.5 liter, cukup untuk perjalanan lebih daripada 180 kilometer.

CRF250 Rally hadir dalam warna Extreme Red dan ditawarkan pada harga asas RM28,599 (tidak termasuk cukai jalan, yuran pendaftaran dan insurans). Setiap pembelian akan menerima waranti kilang selama 2 tahun atau 20,000 km perjalanan (yang mana terdahulu).

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau berkunjung terus ke Honda Impian X or Honda BigWing. Par a pelanggan juga boleh menghubungi talian bebas tol: 1-800-88-3993 untuk bercakap dengan wakil khidmat pelanggan BSH. RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.