☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 November 2024

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator yang hadir dengan dua pilihan warna iaitu Pearl Robotic White dan Metallic Spark Black pada harga asas yang bermula dari RM30,100.

Model cruiser ini disempurnakan dengan enjin 450cc, 4 lejang, 2 silinder DOHC, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 43.7hp pada 7,500rpm dan tork 42.6Nm pada 6,000rpm. Sistem transmisi 6-kelajuan dipadankan dengan klac Assist & Slipper.

Gaya klasik ditampilkan menerusi rekaan lampu hadapan, panel meter digital berbentuk bulat. Namun begitu, sistem pencahayaan ini adalah jenis LED manakala jentera ini juga hadir dengan aplikasi Rideology yang cukup praktikal.

Pelananya hanya setinggi 735mm, boleh diakses dengan mudah oleh semua jenis peminat motosikal. Tayar hadapan bersaiz 130/70-18 manakala di belakang bersaiz 50/80-16. Untuk menawarkan tahap cengkaman terbaik, MODENAS Elinimator ini dilengkapi dengan brek hadapan jenis cakera 310mm (ABS) dipadankan dengan brek belakang 220mm juga beserta sistem ABS dua saluran.

Perjalanan selesa berbekalkan fork hadapan jenis teleskopik 41 mm yang didatangkan bersama penyerap hentak berkembar di bahagian belakang. Ya...dengan berat yang hanya 176kg, mengendalikan jentera cruiser 'hensem' ini memang mudah sekali. Saiz tangki untuk model ini ialah 13 liter, dijangka dapat memberikan jarak perjalanan lebih daripada 200 kilometer dengan 1 isian penuh.

Eliminator merupakan satu lagi produk Kawasaki yang dipasang di kilang Modenas di Gurun, Kedah. Motosikal itu boleh didapati menerusi rangkaian pengedar di seluruh negara bermula 3 November 2024. Dengan setiap pembelian jentera ini, pemilik layak untuk menerima waranti kilang selama 2 tahun tanpa had perjalanan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.