☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 November 2024

Kawasaki ZX-6R 2025 Sudah Boleh Ditempah Bermula 1 Disember Ini. Harga asas RM59,900

MODENAS telah melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R terbaru bermula pada 1 Disember 2024 di semua bilik pameran Kawasaki All-Star. Tempoh pra-tempahan itu pula hanya diadakan sehingga 1 Januari 2025 dengan nilai tempahan hanya RM500.

Lebih menarik, 50 pemilik pertama model supersport ini akan menikmati acara penyerahan eksklusif di Litar Antarabangsa Sepang yang dijadualkan pada bulan Februari tahun hadapan. Model baru ini ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Metallic Flat Spark Black/Ebony dan Lime Green/Ebony.

Kawasaki ZX-6R baru ini disempurnakan dengan enjin bersesaran 636cc, 4 silinder sebaris, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang mematuhi piawaian Euro 5. Oleh itu, enjinya mampu menghasilkan kuasa maksimum 127hp pada 13,000rpm dan tork 70.6Nm pada 10,800rpm.

Terdapat beberapa jenis mod tunggangan seperti Sport, Road, Rain dan Rider yang boleh dipilih melalui paparan meter TFT 4.3 inci yang baru. Menerusi panel meter ini, pemilik jentera ini akan menikmati aplikasi Rideology yang menawarkan penyambungan dengan telefon pintar.

Menerusi penyambungan Bluetooth, informasi yang boleh didapat daripada Rideology antaranya ialah Informasi Motosikal, Log Perjalanan, Talaan Sistem, Talaan Paparan TFT dan Penerimaan Telefon/Email/Mesej.

Sistem elektronik moden yang dimiliki oleh model ini termasuk Kawasaki Intelligent Anti-Lock Brake (KIBS), Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (Upshift sahaja) dan Assist & Slipper Clutch.

Pengendalian mantap ZX-6R ini disumbangkan oleh sistem saspensi yang terdiri dari fork hadapan jenis terbalik (USD) Showa SFF-BP, penyerap hentak tunggal yang kedua-duanya boleh dilaras sepenuhnya.

Tayar hadapan bersaiz 120/70 ZR17 dan 180/55 ZR17 di belakang yang dipadankan dengan sistem brek cakera berkembar 310mm, cakera tunggal 220mm beserta sistem ABS dua saluran.

ZX-6R juga tidak sukar untuk ditunggang dengan pelananya hanya setinggi 830mm. Saiz tangki untuk model ini ialah 17 liter.

Info: Kawasaki Ninja ZX-6R yang bakal dipasarkan ini adalah model pemasangan tempatan (CKD) dan telah pun dieksport ke pasaran China pada awal tahun ini. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.