☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 November 2024

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024 dan menurut pihaknya, model ini dijangka akan tiba di pusat-pusat pengedar (di Eropah) pada musim bunga 2025.

Rekabentuk bahagian hadapan cukup agresif, dikemaskan dengan lampu-lampu berbentuk bulat jenis LED yang memberikan suluhan yang terang dan tepat. Cerminb pengadang anginnya boleh laras, sesuai untuk sebuah jentera pengembaraan.

Untuk mudah ditunggang terutamanya di laluan-laluan lasak, jentera ini dilengkapkan dengan madgad hadapan jenis tinggi, pelindung enjin, tayar jenis jagung dan rim jenis berjejari.

Panel meter jenis TFT, direka cukup kemas dan mudah untuk dibaca. Ia juga hadir dengan penyambungan Bluetooth termasuk audio, menerima/membuat penggilan telefon dan sistem navigasi.

Alltrhike 450 didatangkan dengan enjin silinder berkembar sebaris, 450cc memberikan hantaran kuasa setinggi 44.2hp dan tork 44 Nm.

Pengendalian jentera ini menggunakan fork hadapan Kayaba 42 mm yang dipadankan dengan penyerap hentak tunggal yang cukup efisien.

Ketinggian tempat duduk ialah 847 mm manakala beratnya pula sekitar 170kg. Sistem brek ABS boleh dinyahaktifkan, dan sistem brek dipertingkatkan dengan angkup brek hadapan jejari.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.