☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Mei 2019

HONDA CBR 650R & CB 650R Baru Menggiurkan

Boon Siew Honda Sdn Bhd telah melancarkan dua buah jentera terbaru iaitu CBR650R & CB650R memiliki kuasa yang lebih tinggi dan pengendalian cukup mantap. Model CBR650R dicipta berasaskan model CBR1000RR Fireblade yang berkuasa 70kW pada 12,000rpm dan tork 64Nm pada 8,500rpm. Pelancaran kepada dua model baru ini telah diadakan di Malaysia Autoshow 2019 bertempat di Malaysia Agro Exposition Serdang (MAEPS) pada pertengahan April lalu. Kehadiran Pengerusi BSH, Dato’ Sri Datuk Wira Tan Hui Jing dan Pengarah Urusan/CEO BSH, En. Keiichi Yasuda memeriahkan lagi majlis tersebut.

“Pada tahun 2018 lalu, kami telah berjaya melancarkan tujuh buah jentera berkuasa tinggi di Malaysia. Ia adalah suatu yang cukup membanggakan kerana jentera Honda telah mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Kini, kami juga ingin menumpukan perhatian dalam segmen middleweight dengan menampilkan CBR650R dan CB650R,” kata En. Keiichi Yasuda.

Model ini juga disempurnakan dengan lampu LED, fork hadapan jenis USD, Honda Selectable Torque Control (HSTC), Assist/Slipper Clutch, panel meter digital, sistem brek ABS dan banyak lagi ciri-ciri menarik yang cukup mengagumkan. CBR650R ditawarkan pada harga asas RM45,499 dengan dua pilihan warna iaitu Grand Prix Red dan Matt Gun Powder Black Metallic.

Honda CB650R pula merupakan kesinambungan rekaan daripada model-model jalanan sebelum ini seperti CB1000R dan CB250R yang cukup anggun dengan gaya 'Neo Sports Cafe'. Enjin empat lejang, empat silinder sebaris yang dimiliki oleh Honda ini telah dipertingkatkan kira-kira 5% berbanding model lama.

CB650R turut memiliki lampu hadapan LED, panel meter digital dan kini turut disempurnakan dengan penunjuk posisi gear serta sistem 'pertahanan' seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Assist/Slipper Clutch. Model ini ditawarkan dalam dua warna menarik iaitu Candy Chromosphere Red dan Graphite Black. Model ini dijual pada harga RM43,499.

Untuk dapatkan info lebih lanjut, sila kunjungi Honda Big Wing terdekat atau layari laman web rasmi - https://hondabigbike.com.my. RR

Isu Pada

Mei 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).