☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 Disember 2024

Suzuki Malaysia Perkenalkan GSX-8R Baru. Harga asas RM53,800

Suzuki Malaysia hari ini telah melancarkan model terbaru yang dinanti-nantikan, GSX-8R. Menerusi pengenalan ini, ia memberi peluang kepada para penunggang motosikal berkuasa tinggi untu menikmati inovasi terkini Suzuki dalam kejuruteraan jentera sport.

Suzuki GSX-8R telah mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas menerima anugerah Sportbike of the Year oleh Motorcycle News (MCN) sekaligus mengulangi kejayaan GSX-8S yang memenangi Best Naked Bike pada tahun sebelumnya.

GSX-8R disempurnakan dengan enjin kembar selari 776cc yang mantap, rekabentuk fairing penuh aerodinamik dan dilengkapi dengan fork hadapan jenis Showa Separate Function Big Piston (SFF-BP) yang menjanjikan kestabilan yang luar biasa.

Model baru ini menawarkan gabungan sempurna antara gaya sporty dan tahan praktikaliti harian. Suzuki Traction Control System (STCS) dengan tiga mod pelarasan memastikan perjalanan lebih selamat serta berkeyakinan.

Menerusi Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), pemilik jentera ini akan dapat merasai pelbagai mod tunggangan seperti A (Active), B (Basic) dan C (Comfort). Setiap talaan dan informasi dipaparkan oleh panel meter TFT bersaiz 5-inci yang cukup jelas.

Keunggulan GSX-8R dalam dunia perlumbaan juga dibuktikan oleh kejayaan Team Hammer pada siri perlumbaan di Amerika baru-baru ini. Dalam musim 2024, Team Hammer USA mencapai pencapaian penting termasuk kemenangan perlumbaan ke-133 dalam AMA Pro dan MotoAmerica National, serta podium ke-362 mereka.

Suzuki GSX-8R ditawarkan pada harga asas RM53,888 dengan 2 pilihan warna iaitu Metallic Triton Blue dan Metallic Mat Sword Silver.

Suzuki Malaysia dengan penuh sukacita menjemput semua penunggang motosikal dan peminat permotoran untuk merasai sendiri kehebatan GSX-8R di rangkaian pengedar sah Suzuki Big Bike World (SBBW) di seluruh negara.

Untuk maklumat terkini mengenai ketersediaan dan harga, sila lawati laman web rasmi Suzuki Malaysia atau hubungi pengedar SBBW terdekat anda. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.