☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 Disember 2024

CFMOTO Malaysia Perkenalkan Skuter Elektrik Terbaru, Zeeho AE8 S+

Bersempena dengan pembukaan CFMOTO Flagship Store TR Motorworld Sdn Bhd, CFMOTO Malaysia telah melancarkan skuter terbarunya dari Zeeho iaitu AE8 S+ ke pasaran negara. Seperti yang dinyatakan, Zeeho komited dalam usaha untuk memperkasakan dunia 'hijau' yang hadir dengan spesifikasi canggih, mantap dan pada masa yang sama menawarkan rekabentuk yang futuristik.

Model baru ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Starship Silver dan Eclipse Silver yang boleh dimiliki pada harga asas RM18,888. Ia digerakkan oleh enjin elektrik berkuasa 12.5kW (16.8hp) dan tork 218Nm dengan dua buah bateri lithium (6gV27Ah).

Rekabentuk hadapan dikemaskan dengan lampu-lampu LED dengan bentuk 'V' dan lampu posisi yang anggun termasuk lampu 'hazard' yang memang cukup terang. Untuk menambahkan keselesaan, AE8 S+ turut dilengkapkan dengan tiga mod tunggangan (Eco, Street & Sport) berserta dengan sistem Auto Cruise. Padu!

Ciri pintar yang dimiliki oleh AE8 S+ adalah menerusi perisian Over-The-Air (OTA) yang membolehkan proses kemas kini aplikasi/perisian dapat dilakukan secara automatik (tanpa perlu ke pusat servis) - hanya menerusi penyambungan internet.

Zeeho melengkapkan model barunya ini dengan sistem saspensi mantap yang terdiri daripada fork hadapan jenis teleskopik, dipadankan dengan penyerap hentak berkembar dengan pra-beban boleh laras di bahagian belakang.

Tayar hadapan bersaiz 100/80-12 manakala di belakang bersaiz 120/70-12 yang dikawal oleh brek cakera tunggal bersaiz 220mm di depan dan 190mm (belakang) yang turut disokong oleh sistem ABS dwi-saluran. Terdapat juga soket pengecas Type-C dan Type-A untuk memastikan telefon telefon pintar atau alat elektronik pemiliknya sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Jangan tunggu lama-lama, kunjungi pengedar CFMOTO berhampiran anda untuk melihat dengan lebih dekat. Ya... setiap pembelian Zeeho AE8 S+ akan layak menikmati jaminan pengeluar selama 2 tahun atau 20,000km perjalanan (yang mana terdahulu) dan para pelanggan juga boleh melakukan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh CFMOTO Malaysia. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).