☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Februari 2025

Triumph Perkenalkan Speed Triple 1200 RS Dengan Prestasi & Pengendalian Lebih Cemerlang

Triumph Motorcycles telah memperkenalkan Speed ​​Triple 1200 RS baru yang hadir dengan kemantapan prestasi lebih berkuasa berbanding sebelum ini. Enjin bersesaran 1160cc dengan kuasa maksimum 183PS pada 10,750 rpm dan tork 128Nm pada 8,750 rpm. Enjin tiga silinder memberikan gabungan terbaik untuk prestasi luar biasa di atas jalan dan di litar dengan menawarkan tindak balas pendikit segera serta penyampaian kuasa yang lancar.

Kehebatan jentera baru ini khususnya di laluan berliku disumbangkan oleh sistem saspensi Ohlins SmartEC3 separa-aktif generasi terkini. Ia memfokuskan ketepatan pengendalian, ketangkasan dan kawalan yang tepat. Brek cakera  dengan angkup Brembo Stylema® MCS Brembo menawarkan kuasa berhenti yang cemerlang. Tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP V3 memberikan prestasi seperti jentera lumba litar lumba. Padu!

Model jalanan ini hanya seberat 199kg, pelana setinggi 830mm dan kelebaran bar hendal yang menjurus kepada betapa mudahnya ia dikawal oleh semua jenis penunggang sama ada di laluan berselekoh mahu pun ketika di dalam bandar.

Tayar hadapannya bersaiz 120/70-17 manakala di belakang 190/55-17 menawarkan tahap cengkaman yang luar biasa untuk kenikmatan meratah setiap selekoh-selekoh dengan penuh keyakinan.

Masih mengekalkan DNA rekabentuk Speed ​​Triple selama 30 tahun, model baru ini kekal dengan lampu hadapan berkembar LED yang cukup terang manakala lengan ayun tunggal bukan sahaja tampak agresif tetapi memiliki keupayaan prestasinya yang mengagumkan. Lampu belakang nampak 'simple' tetapi ia cukup terang dan tepat.

Pakej peralatan dan teknologi canggih yang dipadatkan pada Speed ​​Triple baharu ini meletakkan penunggang dalam kawalan yang tepat. Antaranya ialah Mod Tunggangan (Rain, Road, Sport, Track, Rider), Optimised Cornering ABS, Optimised Cornering Traction Control dan Triumph Shift Assist/Quickshifter.

Antara ciri-ciri menarik lain ialah Front Wheel Lift Control, Engine Braking Control, Brake Slide Control dan Cruise control. Semua talaan dan info motosikal ini dapat dilihat dengan jelas menerusi panel meter TFT 5-inci. Menerusi panel ini juga penunggang boleh mengakses sistem sambungan komunikasi, navigasi dan muzik moden menerusi My Triumph Connectivity System.

Sistem autocruise yang ada pada model ini boleh laras sepenuhnya untuk pengembaraan lebih lama, dan sistem Emergency Deceleration Warning pula akan membuatkan lampu brek berkelip-kelip dengan lebih galak untuk memberi isyarat 'kecemasan' kepada para pengguna jalanraya apabila kita melakukan brek kecemasan dengan keras.

Triumph Speed Triple 1200 RS 2025 ini ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Jet Black, Granite/Diablo Red, Granite/Performance Yellow. Kita harap agak pihak Didi Group cepat-cepat bawa masuk model ini ke pasaran negara. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.