☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Februari 2020

Harley-Davidson Lancar Electra Glide Standard

Harley-Davidson of Petaling Jaya telah melancarkan sebuah model terbaru, H-D Electra Glide Standard dengan ciri-ciri asas yang mampu milik dan memberi lebih ruang untuk pengubahsuaian. Model ini cukup sesuai buat para pelanggan tradisional yang ingin mencari pengalaman menunggang dan kejuruteraan tulen jentera H-D. Berbanding Street Glide Special, model yang dilancarkan ini tidak dilengkapkan dengan sistem audio/radio/GPS, pelana pembonceng dan hanya ditawarkan dalam satu warna sahaja (Vivid Black).

Apa pun, Electra Glide Standard terus mengekalkan keanggunan sebagai jentera eksklusif dengan ciri-ciri istimewa seperti enjin Milwaukee Eight (107 cu in), sistem suntikan api elektronik (ESPFI), fairing 'batman' yang cukup ikonik, bahagian-bahagian krom, saddle bag sisi, rim aluminium dan semestinya kepakaran teknologi yang sedia ada. Sebagai teman di jalanan biasa atau ketika pengembaraan pula, H-D ini telah diperkemaskan dengan sistem cruise control, penyerap hentak boleh laras dan sistem brek reflex linked Brembo beserta ABS.

Vivid Black
Vivid Black

Dengan memiliki model Electra Glide Standard, para pelanggan dapat mengubahsuai jentera mereka mengikut citarasa dan kehendak mereka sendiri. Tidak semua pemilik H-D yang sukakan sistem audio kerana bagi sesetengah pemilik, ia mengganggu tumpuan. Ada pula yang ingin lebih aksesori, lebih banyak bling-bling! Semuanya bergantung pada minat yang mendalam, tahap kreativiti dan ianya dapat dilakukan dengan bebas jika memiliki Electra Glide Standard.

Model baru ini boleh dimiliki pada harga RM132,400 dan jika ingin melihatnya dengan lebih dekat, sila kunjungi pusat pameran H-D of Petaling Jaya dan para pengedar sah H-D di seluruh negara. Turut terdapat di ruang pameran H-D Petaling Jaya ialah beberapa lagi model 2020 seperti Street Glide Special, Road King Special dan Road Glide Special. RR

Isu Pada

Mac 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.