☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 April 2025

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kami (RR) akan di kilang SYM di Taiwan untuk melihat dan menunggang uji skuter adventure terbaru iaitu ADXTG 400. Ya...dijangkakan skuter lasak ini akan berada di pasaran negara pada bulan Mei 2025 ini. Ya...berita kehadiran skuter ini memang dah tersebar dan ramai yang sedang menantikannya.

Sedikit informasi yang dapat kami kongsikan buat masa ini ialah:

Enjin 300cc yang menghasilkan hantaran kuasa setinggi 35hp dan tork 37Nm. Terdapat dua unit pengimbang dalam enjin ADXTG ini yang direka khas untuk mengurangkan tahap gegaran. Posisi menunggangnya selesa dan paling best tentulah ruang kaki yang luas.

Skuter lasak ini juga dilengkapkan dengan sistem Traction Control (TC) dan ABS yang sangat membantu ketika jentera ini ditunggang di atas lebuhraya dan di laluan-laluan lasak. Skrin pengadang angin pada model ini juga boleh dilaras dengan mudah. EBL: Lampu Brek Kecemasan pula akan diaktifkan sewaktu kita menurunkan kelajuan dengan keras dan cepat dalam kelajuan yang melebihi 70 km/j.

Ciri-ciri lain ialah:

  • Sistem brek jenis cakera
  • Sistem Hyper VVS (Hyper Variable Valve System) yang mengoptimumkan prestasi enjin.
  • Ruang barang bawah pelana sebesar 32 liter
  • Casis baru berasaskan model Maxsym 500
  • Pacuan akhir jenis rantai
  • Cermin pengadang angin boleh laras
  • Pelindung tangan/enjin

Kami berpendapat, harga jualan untuk model ini akan diumumkan di Taiwan nanti. Namun begitu, ia dijangkakan sekitar RM30,000.

Model skuter maksi, SYM TTLBT pun akan masuk ke pasaran negara? Ituah persoalan yang berlegar dalam otak kami sebaik sahaja dimaklumkan akan menunggang uji model tersebut di Taiwan nanti.

SYM TTLBT ini merupakan skuter kembara dengan enjin 508cc, dua silinder, DOHC yang menghasilkan kuasa 44.8hp pada 6,750rpm dan tork 49.9Nm pada 5,250rpm.

Antara kelebihan yang menjadi tarikan utama TTLBT ini ialah:

  • Mod Tunggangan (Normal & Rain)
  • Traction Control
  • Sistem Cruise Control
  • Ruang barang bawah pelana (37 liter)
  • Kotak Pannier 14.4 liter & 13.7 liter
  • Panel meter TFT 7-inci
  • Sistem Advance Smart Key
  • Pelaras Skrin Pengadang Angin Elektronik
  • Pemanas pendikit (4 tahap)
  • Soket USB Type C

Kita akan dapatkan lebih info sebaik sahaja menunggang ujinya nanti. Harap bersabar! RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.