☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Mei 2025

Tunggang Penuh Bergaya Dengan BMW R 12 nineT Baru

Ingin bergaya dengan sebuah jentera roadster gaya klasik? Jawapannya mudah, miliki BMW R 12 nineT serba baru. Model baru ini mengekalkan kuasa dan karakter enjin boxer ikonik yang sememangnya sinonim dengan keunggulan jenama BMW dan pada masa yang sama, ia memiliki gaya istimewa peribadi yang unggul.

Ditawarkan pada harga asas RM124,500, R 12 nineT dilengkapkan dengan enjin boxer 2-silinder, 4-lejang, 1,170cc sistem penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa padu setinggi 109 hp (80kW) pada 7,000 rpm dan tork 115 Nm pada 6,500 rpm. Posisi menunggang selesa, direka lebih hampir ke hendal, membolehkan sentuhan lutut yang lebih baik dan postur badan yang selesa untuk tunggangan santai atau memecut.

Panel meter terdiri daripada dua instrumen bulat analog memaparkan kelajuan dan putaran enjin (rpm). Ia juga dilengkapi dengan port USB-C di sebelah kiri dan soket 12V di sebelah kanan. Fork jenis terbalik (upside-down) bukan sahaja menyumbang kepada penampilan yang bergaya, malah menawarkan kawalan pengendalian yang cemerlang. Sistem pencahayaan terdiri daripada lampu-lampu LED beserta sistem Daytime Running Light (DRL).

Dengan adanya sistem transmisi 6-kelajuan jenis claw-shift dan klac kering, BMW ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 3.6 saat, dengan kelajuan maksimum melebihi 200 km/j. Untuk itu, BMW telah melengkapkan R 12 nineT ini dengan brek cakera berkembar di hadapan yang mempunyai kuasa untuk memperlahankan kelajuan dengan pantas.

Antara sistem elektronik moden yang dipadatkan pada model ini ialah Dynamic Traction Control (DTC), Dynamic Brake Control (DBC), Keyless Ride, Cruise Control, Hill Start Control, Heated Grips dan semestinya Mod Tunggangan (Rain, Road dan Dynamic).

BMW R 12 nineT ini ditawarkan pada harga asas RM124,500 dengan satu plihan warna iaitu Black Storm Metallic. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.