☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 Mei 2019

Dua Model Terkini Royal Enfield Dilancarkan

Jenama Royal Enfield ternyata semakin digemari di kalangan para pencinta motosikal khususnya dunia retro di negara ini. Selain memiliki rekabentuk klasik, ketahanan enjinnya membuatkan pemilik jentera ini mudah untuk ke mana sahaja.

Untuk terus berdaya saing dengan penampilan rekabentuk segar dan diminati ramai, Royal Enfield Malaysia (RE Motorcycles Sdn Bhd) telah melancarkan dua model terbaru iaitu Royal Enfield Continental GT 650 & Royal Enfield Interceptor INT 650 di pusat pameran RE yang terletak di Taman Perindustrian Tiong Nam, Shah Alam. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan RE Motorcycle Sdn Bhd, Dato' Chear Kin Keong ditemani oleh Pengurus Besar RE Motorcycle Sdn Bhd, En. M. Syahrul.

Continental GT 650
Continental GT 650

Dengan tema 'The Legend Returns' kedua-dua model serba baru ini sememangnya menarik minat ramai dengan rekabentuknya yang unik serta spesifikasi enjin yang sungguh mantap. RE Continental GT 650 memiliki sentuhan cukup halus dan kemas, mengimbaukan kenangan lalu - diinspirasikan daripada jentera Cafe Racer yang terkenal pada era 1950an & 1960an. Tangki berlekuk, posisi menunggang yang sporty, sistem ekzos cukup garang dan rim berjejarinya merupakan ciptaan eksklusif yang memberi kebanggaan buat sesiapa sahaja yang memilikinya.

Enjin bersesaran 650cc menawarkan kuasa setinggi 47hp pada 7,250rpm dan tork maksimum 52Nm pada 5,250rpm. RE Continental GT 650 berharga RM49,228 yang didatangkan dengan waranti selama tiga tahun (tanpa had perjalanan).

Interceptor INT 650
Interceptor INT 650

RE Interceptor INT 650 pula adalah pilihan yang sesuai untuk pelbagai jenis tunggangan seperti di lebuhraya, laluan berliku & di kotaraya. Ia memiliki posisi menunggang yang natural, pelana yang empuk dan bar hendal yang sempurna. Model ini disempurnakan dengan enjin kembar parallel 650cc yang memiliki kuasa maksimum 47hp pada 7,250rpm dan tork 52Nm pada 5,250rpm – cukup sempurna untuk tunggangan santai dan memecut di lebuhraya.

Lampu hadapan Interceptor INT 650, cermin sisi dan panel meternya direka berbentuk bulat agar citarasa retro dapat dikekalkan. Enjin dengan kemasan krom pula menaikkan lagi seri jentera ini tidak kira dilihat dari arah mana sekali pun. Model ini ditawarkan pada harga RM46,628 juga dengan waranti selama tiga tahun (tanpa had perjalanan). Memang menarik!
Kunjungi RE Motorcycles Sdn Bhd (Royal Enfield Malaysia) yang terletak di Taman Perindustrian Tiong Nam untuk melihat dengan lebih dekat. RR

Isu Pada

Mei 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.