☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 Julai 2025

Boon Siew Honda Perkenal CB750 Baru!

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan Honda CB750 2025, pejuang jalanan dinamik yang menggabungkan prestasi padu, rekabentuk agresif dan teknologi termaju. CB750 direka untuk penunggang yang inginkan keseronokan, ketangkasan dan serba boleh.

CB750 2025 disempurnakan dengan enjin silinder berkembar selari 755cc, aci engkol 270° yang menghasilkan kuasa maksimum 67.5kW pada 9,500rpm dan tork 75Nm pada 7,250rpm. Tentunya, pakej enjin ini menawarkan pecutan yang menggembirakan, dibantu pula dengan pendikit yang responsif dan sistem transmisi yang lancar dalam semua kelajuan.

Dengan teknologi yang diperoleh daripada sistem Slipper Clutch, kita dapat menikmati setiap posisi gear dengan lembut, walaupun ketika menurunkan gear dengan pantas tanpa berlaku sebarang gangguna. Untuk lebih cekap khususnya ketika memecut atau  berada di laluan berselekoh, CB750 ini juga hadir dengan sistem Quick Shifter. Ya, CB750 ini merangkumi tiga perkataan: Pantas, Tangkas dan Seronok.

Lampu utama untuk model jalanan ini telah direka serba serbi baru, lebih mantap dan lebih tajam suluhannya khususnya untuk tunggangan malam. Bahagian tangki juga diberikan nafas baru, rekaan berinspirasikan sayap tebuan yang dipadankan dengan bahagian belakang yang taja serta agresif.

Sistem 'ride-by-wire' menyumbang kepada beberapa mod tunggangan seperti Sport, Standard, Rain dan USER yang membolehkan kita membuat talaan mengikut kesesuaian seperti Engine Power (EP), Engine Braking (EP) dan Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Wheelie Control.

Talaan dan segala into boleh dengan jelas dilihat menerusi panel meter TFT yang turut dilengkapkan dengan sistem Honda RoadSync. Menerusi sistem ini, jentera akan berinteraksi dengan telefon pintar penunggang untuk penerima panggilan telefon, navigasi dan muzik.

Honda melengkapkan model ini dengan fork hadapan Showa SFF-BP dan penyerap hentak Pro-Link di belakang yang telah terbukti cemerlang. Itulah yang ingin Honda tawarkan, sebuah jentera yang selesa tetapi pada masa yang sama tangkas, laju dan mudah dikendalikan. Untuk proses membrek dengan selamat, tayar-tayar (120/70ZR - 17M/C (58W) - depan dan 160/60ZR - 17M/C (69W belakang) ini dilengkapkan dengan 2 x brek cakera Nissin di depan dan cakera tunggal 240mm di belakang. Kedua-duanya ada ABS ya!

Matte Pearl Glare White.
Matte Pearl Glare White.

Jentera jalanan, Honda CB750 ditawarkan pada harga RM49,999 dengan tiga pilihan warna iaitu Matte Pearl Glare White dan Glint Wave Blue Metallic.

Untuk maklumat lanjut, sila klik http://https://hondabigbike.com.my/model/cb750/ atau layari Honda Big Wing berhampiran anda. Pelanggan juga boleh menghubungi kami melalui nombor bebas tol kami di 1-800-88-3993 untuk bercakap dengan perhubungan wakil pelanggan Honda. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.