☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 Julai 2025

QJMOTOR SRV 250 AMT: Cruiser Transmisi Automatik Pertama di Malaysia

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan sebuah cruiser bersesaran 250cc dari keluaran QJMOTOR iaitu SRV 250 AMT. Ya...AMT bererti Automatic Manual Transmission) dan model ini merupakan cruiser pertama di Malaysia yang hadir dengan sistem AMT ini.

Ditawarkan pada harga RM17,888 dengan dua pilihan warna iaitu Matt Black dan SIlver. Model ini direka khusus untuk memenuhi citarasa para peminat dua roda yang inginkan jentera jalanan yang bukan sahaja cantik tetapi praktikal dan mudah. Enjin 249cc V-kembar ini mampu menjanakan kuasa maksimum 27.4hp pada 9,000rpm dan tork 23Nm pada 8,000rpm.

Black Matt.
Black Matt.

Mengapa SRV 250 ini istimewa? TIdak lain dan tidak bukan, tentulah menerusi sistem AMT yang menggerakan jentera ini dengan sistem transmisi automatik. Ini bererti peningkatan dan penurunan gear 'dipilih' secara automatik mengikup tahap kelajuan. Namun begitu, kita masih dapat mengawal kedudukan gear secara manual pada bila-bila masa. Caranya cukup mudah, hanya perlu menekan suis yang yang terdapat pada bar hendal sebelah kiri.

Rekabentuk SRV 250 AMT ini menggabungkan keanggunan motosikal retro dengan prestasi enjin yang mantap. Lampu hadapan dan belakang jenis LED, panel meternya jenis digital berwarna penuh. Model ini juga menyediakan port pengecas USB untuk memudahkan penunggangnya. Memang menarik!

Untuk prestasi mantap di jalan raya, SRV 250 AMT ini didatangkan fork hadapan jenis USD dan penyerap hentak berspring di belakang. Tayar-tayar model ini juga dipadankan dengan brek-brek cakera bersaiz 280mm (depan) dan 240mm di belakang beserta sistem ABS dwi-saluran dan Traction Control.

Semua jenis penunggang boleh mengendalikan jentera ini dengan mudah. Pelananya hanya 700mm dan SRV ini hanya seberat 167kg. Dengan isian tangki penuh 13.5 liter, QJMOTOR ini juga boleh dijadikan 'teman' untuk mengembara ke destinasi pilihan anda. Apa tunggu lagi? Kunjungi wakil pengedar Mforce Bike terdekat dengan anda. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.