☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Julai 2025

Kemalangan 15 Motosikal: Seorang Lagi Meningal Dunia..

Seremban: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan 15 motosikal di Kilometer 262.5 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara dekat sini, awal pagi semalam, meninggal dunia tengah malam tadi.

Mangsa, Muhammad Iman Rusidi, 19, disahkan meninggal dunia pada 12.30 tengah malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini. Difahamkan, mangsa adalah seorang penuntut Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi dan berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Mangsa dilaporkan parah di kepala sebelum dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HTJ untuk menerima rawatan.

Jenazahnya dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk prosedur bedah siasat yang dijangka akan dilakukan pagi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan siasatan masih terus dilakukan.

Beliau juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian terbabit.

Media sebelum ini melaporkan kemalangan pada 2.30 pagi itu membabitkan 15 motosikal, sebuah kereta dan sebuah lori.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan itu berlaku ketika sekumpulan penunggang motosikal dari arah Senawang menghala ke ibu negara di lorong tengah dan lorong kanan.

Apabila sampai di tempat kejadian, tiga motosikal dalam kumpulan yang berada di hadapan dikatakan bergesel dan berlanggar sesama sendiri lalu terjatuh ke atas jalan raya.

Ia menyebabkan 12 motosikal lain yang bergerak dari arah belakang tidak sempat mengelak sebelum dikatakan melanggar tiga motosikal berkenaan.

Berikutan itu, tiga daripada mereka dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian. RR

sumber:

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.