☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 Ogos 2025

Honda Forza 750 2026: Skuter 'Grand Touring' Mewah

Honda Eropah memperkenalkan edisi terbaru untuk Forza 750 yang kini lebih anggun, mewah dan berprestasi tinggi. Forza terkenal sebagai jentera automatik yang menggabungkan elemen kembara (GT) dan kemantapan hantaran kuasa enjinnya.

Model ini menawarkan kepantasan, ketangkasan dan kepuasan khususnya buat mereka yang berada di kawasan urban dan pada masa yang sama pencinta kembara jarak jauh. Untuk model 2026, lampu utamanya (LED) kini disepadukan dengan lampu DRL dan lampu isyarat.

Sistem Cruise Control juga kini telah bukan lagi ciri pilihan yang dipadankan dengan panel meter TFT (5-inci) yang telah dikemas kini bersama dengan sistem komunikasi Honda RoadSync bagi memastikan perjalanan lebih menarik dengan kemampuan menerima panggilan/mesej, muzik dan navigasi.

Model baru ini hadir dengan enjin 745cc, kembar parallel, sistem sejukan cecair, SOHC 8-injap, sistem Dual-Clutch Transmission yang menghasilkan kuasa 58.5hp pada 6,750rpm dan tork 69Nm pada 4,750rpm.

Sistem throttle-by-wire Forza ini memberikan tiga mod tunggangan seperti Sport, Rain dan USER dengan hantaran kuasa serta penglibatan traction control yang berbeza. Untuk menjamin keselamatan pemilik skuter maksi ini, Honda melengkapkannya dengan Emergency Stop Signal (ESS), sistem ABS dan Honda Selectable Torque Control.

Tayar hadapan 120/70-R17M/C dan di belakang 160/60-R15M/C dipadankan dengan sistem brek cakera 310mm jenis hidraulik dan 240mm juga jenis hidraulik.

Untuk memastikan pengendalian yang mantap, Honda Forza ini dilengkapkan dengan kerangka keluli jenis berlian, fork hadapan USD 41mm dan penyerap hentak belakang jenis Pro-Link. Pelananya hanya setinggi 790mm, mudah dipacu hampir oleh sesiapa sahaja.

Antara ciri-ciri menarik:

  • Ruang bawah pelana 22 liter
  • Soket USB Type-C
  • Sistem Kunci Pintar
  • Tangki 13.2 liter
  • Kotak-kotak barang (pilihan)

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.