☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 Ogos 2025

QJMOTOR SRK250R Dilancarkan - RM9,988

Selepas melancarkan model naked iaitu SRK250S pada awal bulan Ogos lalu di Johor pada harga yang tidak masuk akal, kali ini giliran model sportbike pula yang diperkenalkan oleh QJMOTOR Malaysia iaitu SRK250R. Yang menariknya lagi model ini hanya ditawarkan pada harga asas RM9,988 (tanpan cukai jalan & insurans) untuk 1,000 pemilik terawal.

SRK250R dijana dengan enjin 249cc, silinder tunggal, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 27.9hp pada 9,500rpm dan tork 22.5Nm pada 7,250rpm. Sistem transmisi 6-kelajuan bersama pacuan akhir jenis rantai memastikan proses penukaran gear lebih lancar.

Bahagian hadapan dipadankan dengan saspensi jenis terbalik manakala belakang mengunakan sistem penyerap hentak monoshock boleh laras. Dari segi dimensi, model ini mempunyai panjang 2,010mm lebar 770mm dan tinggi keseluruhan 1,125mm. Berat hanya sekitar 162kg sahaja.

Dari segi keselamatan pula, SRK250R dilengkapi sistem brek cakera hadapan bersaiz 300mm dan belakang 240mm. Model ini turut disempurnakan dengan sistem ABS dua saluran.

Rekabentuk hadapan lebih kurang sama seperti SRK250RR dan SRK600RC yang lengkap dengan lampu utama jenis LED bersama sistem nyalaan siang (DRL). Manakala paparan meternya adalaj jenis digital berwarna penuh. Turut disempurnakan soket pengecas USB Type-A dan Type-C yang terdapat di sebelah kiri meter.

Antara kelengkapan lain seperti tayar hadapan 110/70-R17, tayar belakang 140/60R17, tangki bahan api 12.5 liter, tinggi pelana 780mm, kelegaan tanah 135mm dan fungsi bluetooth untuik menyokong panggilan telefon serta Whatsapp dalam talian.

Menurut pihak Mforce Bike Holdings, QJMOTOR SRK250R sudah boleh didapati di semua pengedar sah Mfroce seluruh malaysia bersama tiga pilihan warna iaitu Red Silver, Blue dan Black. Dengan setiap pembelian mana-mana model QJMOTOR SRK250R, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun dengan jarak perbatuan tanpa had dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.