☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 Ogos 2025

QJMOTOR Malaysia Lancarkan Skuter Elektrik E-LTR Pada Harga Mampu Milik

QJMOTOR Malaysia dengan bangganya memperkenalkan model elektrik terbaharu, QJMOTOR E-LTR. Model baru ini menggabungkan reka bentuk moden, prestasi dinamik serta tahap praktikaliti untuk kegunaan harian. Pelancaran rasmi ini menandakan kemasukan QJMOTOR ke segmen skuter elektrik pertama di Malaysia.

QJMOTOR E-LTR hadir dalam dua pilihan warna iaitu Biru Gelap dan Putih, ditawarkan pada harga RM6,999.00 (tidak termasuk caj pendaftaran dan insurans), dan boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia. Pemilik juga layak menerima rebat sehingga RM2,400 di bawah inisiatif MARiiCas mengikut terma dan syarat.

Dari segi prestasi, QJMOTOR E-LTR dikuasakan oleh motor roda elektrik berkuasa maksimum 3,000W, dengan sistem penyejukan udara. Ia mampu mencapai kelajuan tertinggi 70km/j, sudut pendakian sehingga 19° dan jarak tunggangan sekitar 105km dengan sekali caj penuh. Menariknya, QJMOTOR E-LTR ini mempunyai tiga mod kelajuan yang boleh dipilih mengikut keselesaan.

Model ini menggunakan bateri Lithium-Ion 74V27Ah dan terdapat dua slot bateri disediakan. Satu unit diberikan bersama motosikal, manakala satu lagi boleh ditambah secara pilihan (optional). Caj dari 30% hingga 80% SOC mengambil masa 5-6 jam, manakala caj penuh membolehkan tunggangan sehingga anggaran 105km/h. Dari segi dimensi, QJMOTOR E-LTR berukuran 1,890mm panjang, 710mm lebar dan 1,100mm tinggi, dengan jarak roda 1,310mm, kelegaan tanah 145mm serta ketinggian tempat duduk 760mm. Berat motosikal ini ialah 98.5kg tanpa bateri, menjadikannya ringan dan mudah dikendalikan di jalan raya.

Bagi sistem saspensi, ia dilengkapi penyerap hentak hidraulik di bahagian hadapan serta saspensi hidraulik berkembar di bahagian belakang. Sistem membrek pula menggunakan cakera hidraulik dengan teknologi CBS di kedua-dua bahagian hadapan dan belakang. Tayar-tayar bersaiz 100/90-R12 (depan) dan belakang 110/90-R12 untuk kestabilan maksimum.

QJMOTOR E-LTR turut menampilkan pelbagai ciri moden seperti meter digital LCD, dengan fungsi LED pada lampu utama, lampu belakang, lampu isyarat dan butang hazard. Model ini juga dilengkapi suis keselamatan tongkat sisi, sistem kunci anti-kecurian, tempat duduk premium bertekstur, ruangan simpanan depan berkembar, ruang simpanan bawah tempat duduk, penyangkut serta port pengecasan USB.

Lebih menarik, skuter ini turut mempunyai fungsi kod ralat (Error Code/ERR) yang memudahkan pengguna mengesan sebarang masalah teknikal dengan cepat dan efisien.


Dengan setiap pembelian QJMOTOR E-LTR, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana terdahulu) tertakluk kepada terma dan syarat. Para pembeli juga boleh menikmati pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Popular

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Artikel berkaitan

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.