Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 September 2026

Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

Pasaran motosikal negara hari ini menerima kehadiran 'player' terbaru apabila Marshal Moto membuka tirai pasaran dengan menampilkan dua model cruiser yang cukup mantap iaitu Marshal XS250 dan Marshal Toughman 800.

Marshal XS250 direka khusus untuk mereka yang sedang mencari sebuah jentera gaya cruiser gaya retro, menarik, lincah dan mampu milik. Cruiser baru ini dimantapkan dengan kerangka jenis 'double crader' yang dipadankan dengan rekabentuk keseluruhannya yang menarik termasuklah sistem ekzos jenis 'berlapis'. Sekali pandang memang dah jatuh hati!

Marshal XS50.
Marshal XS50.

Lampu hadapannya jenis LED berbentuk bulat, lengkap dengan windsheild 'mini'. Tangkinya sebesar 14 liter dan posisi menunggangnya juga cukup santai sekali. Model ini disempurnakan dengan enjin dua silinder 250cc, 4 lejang, sistem sejukan cecair yang berkuasa 24hp pada 8,000rpm dan tork 23.4Nm pada 6,500rpm.

Pelananya hanya setinggi 690mm dengan berat 193kg yang pastinya memudahkan setiap penunggang mengendalikannya di pelbagai jenis laluan. XS250 dilengkapkan dengan tayar hadapan bersaiz 130/90-16 manakala tayar belakang pula 150/80-16 yang kedua-duanya disertakan dengan sistem brek jenis cakera beserta ABS dan sistem Traction Control.

Untuk tunggangan yang selesa, sistem saspensi XS50 terdiri daripada fork hadapan jenis teleskopik dan penyerap hentak belakang jenis berspring. Model baru ini berada di pasaran dengan dua pilihan warna iaitu Mystic Black dan Moonlit Silver pada harga asas RM18,800.

Bagi abang-abang yang nak 'ride' lebih bergaya, mungkin Marshal Toughman 800 boleh dijadikan pilihan. Rekabentuknya memang padu lebih-lebih lagi pada bahagian enjinnya jenis V-Twin bersesaran 799cc dengan hantaran kuasa setinggi 47hp pada 6,500rpm dan tork 35.0Nm pada 5,500rpm. Sekali lagi, konfigurasi dua silinder V-Twin sememangnya sinonim dengan cruiser baru dari Marshal Moto ini.

Rekabentuk sisi kanan dimantapkan lagi dengan sistem ekzos berkembar yang memberikan imej dan identiti eksklusif sebuah cruiser berkapasiti besar. Bunyinya? Ya...tak dinafikan, memang padu! Design tangki jenis 'peanut' pula memang sesuai dengan karaktor Tougman ini terutama sekali di bahagian hadapan yang nampak cukup tegap.

Kemasan akhir pembikinannya juga halus dan berkualiti tinggi - dapat kita lihat menerusi rekaan lampu hadapan, panel meter dan setiap suis-suis yang berada di bar hendalnya. Posisi menunggang memang relaks dan selesa kerana kedudukan tangan yang tidak terlalu rapat dengan badan.

Toughman 800 hadir dengan tayar hadapan bersaiz 130/70-19 dan belakang 140/45-17 yang disertakan dengan sistem brek jenis cakera beserta sistem ABS + Traction Control. Model ini juga dilengkapkan dengan fork hadapan jenis teleskopik dan penyerap hentak kembar berspring di bahagian belakang.

Marshal Toughman 800 juga hadir dengan dua warna pilihan iaitu Cobalt Blue dan Pearl Black dengan harga pasaran RM38,800 (tidak termasuk cukai jalan dan pendaftaran).

Bagi peminat cruiser, kemunculan Marshal Moto pastinya memberikan satu lagi nama untuk kita raikan. Marshal XS250 mungkin menjadi jentera permulaan manakala Toughman 800 pula sememangnya 'mainan' baru buat rider-rider 'otai' di luar sana. Untuk melihat sejauh mana kedua-dua model ini mampu mencuri perhatian penunggang Malaysia, jawapannya mungkin hanya akan dapat dirasai apabila RR dapat menunggang uji model ini suatu hari nanti. RR

Popular

  • Model Baru

    Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

  • Dari Litar

    Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

  • Dari Litar

    Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

  • Warta Roda

    MODENAS Z15GT Terima Tujuh Penambahbaikan & Warna Baharu

  • Warta Roda

    Moped 150cc Klac Auto Bakal Tiba Tahun Depan di Malaysia?

Artikel berkaitan

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Adakah LETBE NOMAD 350 Bakal Masuk Malaysia Pada 2027?

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Disyorkan untuk anda
Model Baru

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Dua lampu LED 'menonjol' di depan menambah gaya, nampak garang betul! Lampu belakang pula direka simple sahaja tapi sudah cukup cerah.

Warta Produk

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

DJI Malayisa rasmi perkenalkan Osmo 360 II baharu.

Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal EnfieldĀ meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagiĀ kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.

Warta Roda

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Keeway Malaysia mengumumkan pelaksanaan Program Panggil Semula (Product Recall Program) bagi model Keeway XDV180 Evo