☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 September 2025

Honda Umum Kehadiran WN7 Untuk Pasaran Eropah

Honda terus memperkukuhakan hala tuju mobiliti mesra alam dengan melancarkan motosikal elektrik terbaru iaitu Honda WN7, pertama kali diperkenalkan kepada pasaran Eropah.

WN7 model ini merupakan versi produksi daripada konsep EV Fun yang pernah dipertontonkan di EICMA 2024. Nama WN7 mempunyai maksud yang tersendiri di mana huruf "W" merujuk kepada konsep pembangunan Be the Wind. Manakala huruf "N" mewakili Naked dan angka 7 menunjukkan kelas kuasa yang ditawarakan.

Honda WN7 dibekalkan dengan bateri lithium-ion dengan sokongan pengecasan pantas CCS2. Ini bermakna pengecasan 20% hingga 80% hanya mengambuil masa sekitar 30 minit sahaja. Manakala untuk sokongan pengecasan di rumah lebih kurang tiga jam dari 0% hingga 100%.

Dengan pengecasan penuh, jentera ini boleh ditunggang dengan jarak 130 kilometer. Sayangnya pek bateri yang ada pada Honda WN7 ini jenis kekal. Pengguna tidak boleh menukar dengan pek bateri mudah alih  Honda Mobile Power Pack e: seperti sesetengah model motosikal elektrik yang lain.

Pihak Honda mendakwa, WN7 mempunyak hantaran kuasa kuda seperti model berkapasiti 600cc, manakala kuasa torknya menyamai jentera 1000cc.

Selain menampilkan rekabentuk yang futuristik dan ringkas, model ini turut menggunakan paparan meter jenis TFT bersaiz 5-inci yang lengkap bersama ciri honda RoadSync. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.