☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 16 Oktober 2025

SoloEra Solo 2 Kini Dilancarkan di Malaysia — Harga Bermula Dari RM5,599

Blueshark, pengedar motosikal elektrik di Malaysia melancarkan SoloEra Solo 2, model kedua dari pada tiga di bawah sub-jenama bernilai tunggi SoloEra. Pelancaran jenetra terbaru ini susulan kejayaan SoloEra Solo 1C yang mencatat tempahan awal hampir 9,000 semasa promosi pra-pelancaran baru-baru ini.

50 pelanggan terawal boleh menempah SoloEra Solo 2 pada harga promosi iaitu RM5,599 (berserta topi keledar Blueshark percuma). Selepas itu, harga runcit akan ditetapkan kepada asal , RM6,399. Harga tersebut adalah tanpa rebat MARiiCas RM2,400 yang kini ditangguhkan buat sementara waktu.

Selaras dengan konsep Battery-as-a-Service (BaaS), pemilik jentera ini perlu melanggan dua unit bateri selama lima tahun pada harga Rm99 sebulan, serta pakej data bulanan berjumlah RM10, lengkap dengan jaminan tanpa had sepanjang tempoh sewaan. Tempahan akan dipenuhi dalam masa dua bulan bergantung pada lokasi dan ketersediaan stok (cas penghantaran tambahan dikenakan untuk Sabah dan Sarawak).

SoloEra dibangunkan oleh Blueshark untuk memperluaskan lagi rangkaian mobiliti elektrik berkualiti tinggi dan mampu milik, sejajar dengan matlamat Net Zero negara. Model Solo 2 menawarkan prestasi mengagumkan dengan harga berpatutan, menggunakan ekosistem Blueshark dan teknologi bateri boleh tukar yang sama seperti model premium.

Jentera elektrik ini mampu mencapai kelajuan maksimum sekitar 95km/j manakala jarak perjalanan sehingga 140 kilometer dengan menggunakan dua unit bateri LFP generasi kedua dengan gabungan motor elektrik berkuasa 4,000W. menariknya Solo 2 ini mampu memecut dari 0-50km/j dalam masa 7.2 saat sahaja dan bateri boleh dicas menggunakan plug tiga pin biasa. Sistem penukaran bateri pula akan tersedia pada penghujung 2025.

Bateri LFP ini menawarkan tahap keselamatan tinggi dengan perlindungan berganda dan jangka hayat melebihi 2,000 kitaran pengecasan, empat kali lebih tahan daripada bateri konvensional.

Ciri keselamatan termasuk brek cakera hidraulik berkembar dengan CBS, berat 100kg (132kg dengan dua bateri) dan motosikal ini boleh membawa beban seberat 270kg. Pelananya boleh ditanggal manakala rack besi di bahagaian belakang turut tersedia, sesuai buat penunggang penghantaran untuk mengikat atau membawa barang, beg, kotak penghantaran, atau top box.

Selain itu, model ini juga dilengkapi empat mod tunggangan termasuklah Motor Assist Mode, papapran meter LCD 7 inci, sambungan aplikasi mudah alih, sistem Bluetooth Smart Key, fungsi Find My Vehicle, serta penggera anti-kecurian pintar.

SoloEra Solo 2 didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Stardust Blue, Eclipse Gold, dan Orion Grey – dan pemasangan dilakukan secara tempatan oleh EP Manufacturing Berhad (EPMB) di Glenmarie.

SoloEra Solo 2 kini dibuka untuk tempahan dan ujian tunggangan di Blueshark Showroom & 3S Centre Glenmarie, Shah Alam. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.soloera.com/my atau hubungi 03-5569 8633 / WhatsApp 012-371 8862. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.