☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 Oktober 2025

Suzuki Malaysia Lancar GSX-8T & GSX-8TT - Bemula RM59,600

Sempena perlumbaan MotoGP Malaysia, Suzuki Malaysia memperkenalkan dua model bahara dalam segmen 'neo-retro' iaitu GSX-8T dan GSX-8TT, sekali gus memperluas barisan motosikal 800cc mereka di Malaysia.

GSX-8T dan GSX-8TT berkongsikan enjin 776cc Parallel Twin, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa 82hp pada 8,500rpm dan tork 78Nm pada 6,800rpm. Menariknya prestasi dah karaktor enjin ini dipertingkatkan dengan rekabentuk aci engkol 270°, membantu kelancarannya untuk memecut.

Walaupun berkongsikan enjin yang sama, dari segi rekabentuk luaran nampak berbeza di mana GSX-8T tampil dengan gaya jalanan retro klasik yang diinspirasikan daripada Suzuki T500 Titan. Lampu hadapannya berbentuk bulat, tangki bahan api yang kontras bersama bahagian belakang berwarna hitam matte, serta logo timbul 3D pada fairing sisi yang diinspirasikan daripadasimbol “eight ball”.

Sementara itu, GSX-8TT pula menampilkan rekaan lebih sporty berasaskan model 8T dengan sentuhan rekaan motosikal perlumbaan jalanan Suzuki dari era 1970-an dan 1980-an seperti GS750 dan GS1000. Model ini hadir dengan cowl lampu hadapan dan pelindung enjin (Under Cowl), memberi sentuhan gaya café racer moden. Perbezaan lain seperti fork hadapan bewarna hitam (GSX-8T warna emas) dan diasan jalar berwarna kontras di bahagian tangki.

Dari segi berat juga berbeza iaitu 201kg untuk GSX-8T dan 203kg bagi GSX-8TT. Sistem suspensi menggunakan fork hadapan terbalik dan monoshock belakang boleh laras, manakala brek cakera berkembar hadapan bersaiz 310 mm memastikan kuasa henti yang mantap. Model ini turut disempurnakan sistem ABS dua saluran. 

Ciri-ciri lain seperti enjin EURO5+, paparan meter TFT 5-inci, Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.), Ride-by-Wire throttle, Bi-directional Quick Shifter, Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), tinggi pelana 815mm (GSX-8T) & 810mm (GSX-8TT), Traction Control dan tangki bahan api bersaiz 16.5 liter.

Suzuki GSX-8T ditawarkan pada harga asas Rm59,600 dengan tiga pilihan warna iaitu etallic Mat Steel Green, Candy Burnt Gold dan Metallic Mat Black. Manakala harga untuk model GSX-8TT bermula RM63,600 yanh hadir bersama dua pilihan warna seperti Glass Sparkle Black dan Pearl Mat Shadow. Kesemua harga adalah tanpa pendaftaran, insurans dan cukai jalan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.