☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 November 2025

Honda Perkenalkan Prototaip V3R 900 E-Compressor di EICMA 2025

Honda menarik perhatian ramai di EICMA 2025 dengan memperkenalkan V3R 900 E-Compressor Prototype, sebuah model naked berprestasi tinggi dengan enjin V3 900cc yang dilengkapi teknologi Electronically Controlled Compressor.

Model konsep ini dibangunkan sebagai jentera yang membawa nilai dan pengalaman baharu hasil gabungan teknologi unik serta falsafah kejuruteraan Honda. Ia lahir daripada matlamat pasukan pembangunan untuk menghasilkan produk yang melebihi jangkaan pelanggan, seiring dengan visi Honda 2030 — “Joy of free and fun mobility”, atau keseronokan mobiliti bebas dan menyeronokkan.

Diinspirasikan oleh konsep pembangunan “Non-Rail Roller Coaster”,  V3R 900 E-Compressor Prototype menawarkan dua karekter utam iaitu “debaran pemanduan” dan “ketenangan keyakinan”. Kedairan model konsep ini juga boleh dilihat sebagai penanda aras baharu dua roda kerana teknologi unik ini belum pernah ada lagi di mana-mana motosikal.

V3R 900 E-Compressor Prototype dipadankan dengan enjin 75° V3 berkapasiti 900cc bersama sistem penyejuk cecair. Menariknya, dengan adanya teknologi pemampat elektronik kawalan pintar (Electronically Controlled Compressor), jentera dapat menghasilkan kuasa tork yang lebih tinggi serta cepat walaupun dalam putaran RPM rendah. Hasilnya prestasi enjin pada model ini setanding dengan enjin 1200cc.

Dari segi penampilan pula, model ini hadir dengan gaya unik melalui rekaan panel sisi kiri dan kanan yang berbeza, serta lambang tangki baharu “Honda Flagship WING” yang akan digunakan pada model utama Honda tahun depan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.