☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Disember 2025

Ariic Pertontonkan Dua Skuter Terbaru Untuk Pasaran 2026.

ARIIC Motorcycles bakal menawarkan dua model baru iaitu Touch 250 dan GOBI 250 pada tahun hadapan pada harga yang cukup mampu milik. Ariic Touch 250 merupakan skuter maksi yang hadir dengan rekabentuk cukup menarik dan anggun manakala model GOBI 250 pula skuter adventure yang lebih fokus untuk peminat aksi lasak atau pengembaraan. Hasil kemasan yang kami tengok dari dekat nampak 'solid' dan bermutu tinggi.

ARIIC TOUCH 250.
ARIIC TOUCH 250.
ARIIC GOBI 250.
ARIIC GOBI 250.

Asasnya enjin untuk kedua-dua model ini disempurnakan dengan enjin silinder tunggal, 249cc yang memberikan hantaran kuasa setinggi 22.5hp pada 7,500 rpm dan tork 23.5Nm pada 7,500rpm. Dari segi rekabentuk pula memang sangat-sangat berbeza. Berat juga berbeza. Ariic Touch 147kg manakala model GOBI 176kg. Boleh tengok gambar-gambar yang kami kongsikan.

ARIIC TOUCH 250.
ARIIC TOUCH 250.
ARIIC GOBI 250.
ARIIC GOBI 250.

Antara ciri-ciri menarik Ariic Touch 250:

ARIIC TOUCH 250.
ARIIC TOUCH 250.
  • Panel meter TFT + sistem kamera dash + soket pengecas USB
  • Cermin pengadang angin pelarasan automatik
  • Fork teleskopik
  • Sistem Brek Jenis Cakera + ABS
ARIIC TOUCH 250.
ARIIC TOUCH 250.
ARIIC TOUCH 250.
ARIIC TOUCH 250.
  • Ruang bawah pelana luas + 2 ruang barang di bahagian depan
  • Tangki bahan api 11 liter

Ciri-ciri menarik GOBI 250:

  • Panel meter TFT + sistem kamera dash + soket pengecas USB
  • Panel meter TFT
  • Lampu-lampu LED
  • Sistem Traction Control

ARIIC GOBI 250.
ARIIC GOBI 250.
  • Cermin pengadang angin boleh laras (manual)
  • Fork USD
  • Sistem brek cakera + ABS
  • Tinggi pelana 780mm + ruang bawah pelana luas (1 helmet fullface)
  • Soket pengecas USB Jenis A & C)
  • Rim jenis jejari

ARIIC GOBI 250.
ARIIC GOBI 250.

Harga asas untuk Ariic Touch 250 dijangka RM13,888 manakala Ariic GOBI 250 pula sedikit tinggi iaitu RM14,388 dan kedua-dau model ini dikatakan akan dilancarkan pada bulan Mei 2026 nanti. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.