☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 Disember 2025

Kawasaki Ninja 1100 SX Baharu Dilancarkan - Bermula RM71,400

MODENAS melalui anak syarikat pengedarannya, Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) melancarkan Kawasaki Ninja 1100 SX baharu untuk pasaran negara.

Ninja 1100 SX baharu ini merupakan model generasi yang kelima untuk segmen Sport Touring dari Kawasaki. Jentera ini dijana enjin 1,099cc, empat silinder sebaris, DOHC, dengan penyejukan cecair yang mampu menghasilkan 134hp pada 9,000rpm dan tork 113Nm pada 7,600rpm.

Model ini mengekalkan DNA sportbike Kawasaki namun direka semula untuk menawarkan posisi tunggang yang lebih selesa, sesuai untuk kegunaan touring. Rekabentuknya hadir dengan ciri yang lebih aerodinamik manakala tahap keselesaan pada jentera ini ketika memecut disumbangkan dengan penghadang angin boleh laras.

Sebagai sebuah jentera sport touring berkuasa tinggi, antara pakej elektronik yang ada seperti Kawasaki Cornering Management Function (KCMF), Kawasaki Traction Control (KTRC), sistem ABS, Power Mod dan mod tunggangan.

Dari segi keselesaan, model ini dilengkapi dengan fork USD 41mm di hadapan manakala bahagian belakang menggunakan penyerap hentak jenis back-link. Rangka aluminium dwi-tiub pula menawarkan kestabilan ketika memecut ataupun mengambil selekoh.

Kelengkapan lain adalah brek cakera berkembar 300mm (depan), cakera tunggal 250mm (belakang), lampu LED, meter TFTdan tangki bahan api 19 liter.

Kawasaki Ninja 1100 SX ditawarkan pada harga RM71,400 (tanpa insurans & pendaftaran). Model ini boleh didapati di semua pengedar Kawasaki All-Star seluruh negara. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.