☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 Disember 2025

Jenama Motosikal Elektrik Baharu di Malaysia Menerusi EZI TS1

Pasaran motosikal elektrik (EV) tempatan terus berkembang dengan kehadiran jenama baharu, EZI dengan melancarkan model pertama mereka iaitu TS1 yang merupakan sebuah skuter elektrik diasaskan oleh Keeway Group pada tahun 2020. Walaupun jenama ini telah diperkenalkan di peringkat global sebelum ini, EZI kini membuat penampilan sulungnya secara rasmi di pasaran Malaysia di bawah pengedaran Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Skuter elektrik ini dikuasakan oleh Wheel Hub Motor 2,000W yang menawarkan tunggangan lancar dan lebih berkuasa. TS1 dikatakan boleh bergerak hingga 100 kilometer dengan satu cas penuh pada bateri Graphene 72V32Ah, sekaligus menjadikan skuter ini pilihan ideal untuk tunggangan harian terutama di dalam bandar. Masa pengecasan penuh dari 0 hingga 100% kira-kira 8 jam 30 minit. Manakala kelajuan maksimum pula boleh mencapai 65km/j.

Tinggi pelana motosikal ini adalah 755mm manaka beratnya sekitar 82kg jika tanpa bateri. Dari segi kemodenannya pula terdapat paparan meter LED 7-inci, soket pengecas USB Type-A dengan pencahayaan LED, lampu-lampu LED dan sistem kunci pintar jenis NFC.

Ciri-ciri lain pula termasuklah sistem brek cakera dengan Combined Braking System (CBS), tayar hadapan 90/90-12, tayar belakang 100/80-12 tiga mod tunggangan, Cruiser Control, suis keselamatan tomgkat sisi, pemijak kaki dan Walk Assist Function (Mod E) untuk memudahkan pergerakkan pada kelajuan rendah atau di laluan sempit.

EZI TS1 hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Blue, Orange dan White dengan harga asas bermula RMRM4,288 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans). 

Setiap pembelian EZI TS1 disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau sehingga 20,000 km, mana-mana yang tiba dahulu, tertakluk kepada terma dan syarat. Pelanggan juga boleh mendapatkan alat ganti tulen secara dalam talian melalui Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., sekali gus memastikan sokongan selepas jualan yang menyeluruh dan dipercayai. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.