☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Januari 2026

AFAZ KENCANA SPORT 115 Rasmi di Pasaran Negara - RM5,799

AFAZ yang merupakan jenama motosikal tempatan kedua hasil kerjasama di antara AFY Mobility Industries dan Suzuki telah memperkenalkan jentera pertama mereka ke dalam pasaran negara iaitu Kencana Sport 115.

Kencana Sport 115 adalah sebuah motosikal moped yang direka untuk tunggangan harian denagn menampilkan enjin bersesaran 113cc. Model ini didatangkan dengan enjin satu silinder, SOHC, 4-lejang bersama sistem penyejuk minyak (SOCS). Enjin transmisi 4-kelajuan ini boleh menghasilkan kuasa 9.1hp pada 7,500rpm dan tork 9Nm pada 6,500rpm. Selain itu, jentera ini turut dipadankan dengan sistem suntikan bahan api (EFI).

Model ini menampilkan rekabentuk yang moden menerusi lampu utama dan lampu belakang jenis LED. Di bahagian fairing hadapan pula terdapat sepasang lampu DRL dan lampu isyarat yang juga jenis LED. Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan teleskopik dan penyerap hentak berkembar KYB di belakang.

Antara kelengkapan lain seperti brek cakera hadapan 220mm, brek gelendong di belakang, Easy Start System, paparan meter analog, tinggi pelana 760mm, berat 100kg, ruang simpan bawah pelana, pelindung rantai dan tangki bahan api 4.2 liter.

AFAZ Kencana Sport 115 hadir dengan dua pilihan warna iaitu Biru Laguna dan Mera Delima yang ditawarkan pada harga asas bermula RM5,799. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.