☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 Februari 2026

WMOTO Island 150 Masuk Pasaran Negara - RM6,688

Walaupun sudah masuk tahun 2026, perang skuter sebenarnya masih belum tamat lagi apabila  WMOTO Malaysia telah melancarkan motosikal automatik baharu iaitu Island 150. Pelancaran model ini sempena dengan sambutan Mforce Lou Sang Dinner 2026 yang berlangsung di M Resort & Hotel baru-baru ini.

Island 150 merupakan sebuah skuter premium yang bersesaran 150cc dan apa yang paling menarik, dari segi harga sangat mampu milik pada harga asas bermula RM6,688 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Skuter ini dijana enjin satu silinder, 4-lejang dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa maksimum 15.4hp pada 8,500rpm dan tork sekitar 14.2Nm pada 6,500rpm. Transmisi CVT dan pacuan akhir jenis tali sawat pula mematikan pecutan yang lancar dan selesa terutama untuk tunggangan di dalam bandar.

Tangki bahan api 9 liter memang sangat sesuai untuk skuter yang boleh ditunggang dalam jarak perjalanan lebih jauh. Manakala berat kering 137kg pada Island 150 sesuai untuk tunggangan harian memandangkan tinggi pelana hanya sekitar 764mm.

Suspensi hadapan terdiri daripada fork teleskopik dan penyerap hentak spring untuk bahagian belakang. Terdapat juga ruang simpanan bawah pelana bagi kemudahan penunggang.

Walaupun harga yang mampu milik, ciri-ciri yang ada pada Island 150 cukup moden yang merangkumi lampu-lampu LED, paparan meter digital berwarna (boleh sentuh untuk info), brek-brek cakera, sistem, ABS dua saluran, sistem kunci pintar, TPMS, Traction Control, tempat penyangkut barang (beban sehingga 5kg) dan soket USP Type-A serta Type-C.

WMOTO Island 150 sudah pun berada di pasaran negara dan boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia. Model ini hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Aura Black, Action Blue dan Prime Grey. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).