☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Februari 2026

QJMOTOR ATX250 & ATX250X Masuki Pasaran Negara - Bermula RM12,388

Ya...perang skuter ternyata belum berakhir. Terkini, QJMOTOR Malaysia melancarkan skuter terbaru yang dikenali dengan nama QJMOTOR ATX250 dan ATX250X yang menawarkan bukan sahaja rekabentuk menawan tetapi juga prestasi enjin yang mantap.

QJMOTOR ATX250 & ATX250X.
QJMOTOR ATX250 & ATX250X.

Kedua-dua model ini diperkenalkan buat pertama kali di acara TOP 68 Dealers' Educational Tour Sales Campaign di China dan kini dengan rasminya berada di pasaran negara pada harga asas bermula dari RM12,388 bagi varian standard dengan tiga pilihan warna iaitu Shadow Black, Matt Grey dan Satin Silver. Manakala untuk varian X pula ditawarkan pada harga asas RM13,988.

QJMOTOR ATX250 dan ATX250X didatangkan dengan enjin 248.8cc silinder tunggal, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 18.5 kW pada 8,000rpm dan tork 24.0Nm pada 6,500rpm. Rekaan keseluruhan model ini memberi fokus kepada tahap keselesaan untuk tunggangan harian dan juga buat mereka yang sukakan perjalanan jarak jauh.

Pengendalian mantap disumbangkan oleh penyerap hentak hadapan jenis teleskopik dipadankan dengan penyerap hentak belakang jenis berspring. Tayar hadapan bersaiz 110/80-14 manakala di belakang, 130/70-13 yang dilengkapkan dengan brek-brek jenis cakera beserta sistem ABS dan sistem Traction Control (TC). Untuk lebih praktikal, QJMOTOR turut melengkapkan jentera auto ini dengan Crash Bar.

QJMOTOR juga memperkenalkan AWASS iaitu Advance Water and Air Separation System iaitu sistem pengurusan air dan udara bertujuan untuk melindungi komponen enjin dan elektrikal daripada kelembapan atau kemasukan (air) di temnpat-tepat sensitif. Sejumlah air akan dikeluarkan secara automatik apabila parasnya berada di tahap tertentu dan pada masa yang sama, sistem ini menjaga pengaliran udara bersih ke dalam enjin. Ringkasnya, AWASS membantu meningkatkan daya tahan enjin dan komponen elektronik motosikal dalam pelbagai keadaan.

Antara ciri-ciri lain yang menanti para pemilik ialah panel meter TFT, lampu-lampu LED, lampu DRL, lampu Spot LED, soket pengecas USB (Jenis A & C), sistem navigasi/notifikasi, windshield boleh laras dan sistem kunci pintar. Isi tangkinya 12.5 liter, ruangan simpanan terdiri daripada di bawah pelana dan di bahagian hadapan, kotak atas (varian X), fork USD (varian X) serta rim-rim jejari (varian X). RR

Isu Pada

April 2014

Popular

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Artikel berkaitan

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).