☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 16 Mac 2026

WMOTO NX150S Masuk Pasaran negara - RM6,688

WMOTO Malaysia secara rasminya memperkenalkan skuter terbaharu mereka iaitu NX150S untuk pasaran negara. Terdapat tiga pilihan warna seperti Grind Green, Glacier Grey dan Lava Brown yang ditawarkan pada harga asas RM6,688 (tanpa cukai jalan & insurans).

Skuter baharu ini dipadankan dengan enjin 149.6cc satu silinder bersama sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa 15.6hp pada 8,500rpm dan tork 14.7nm pada 6,500rpm. Model ini turut dipadankan dengan transmisi jenis CVT bersama pacuan akhir jenis tali sawat bagi melancarkan lagi pergerakan tanpa menggunakan gear.

Dari segi sistem saspensi, WMOTO NX150S hadir dengan fork teleskopik di bahagian hadapan manakala belakang menggunakan penyerap hentak kembar berspring. Sistem brek pula tetdiri daripada brek jenis cakera di hadapan dan belakang yang turut dipadankan bersama sistem ABS dua saluran. Terdapat juga traction control (on/off) untuk mengawal roda belakang supaya tidah mudah tergelincir.

Antara ciri yang paling menarik perhatian sudah tentulah kapasiti tangki bahan apinya antara yang paling besar dalam segmen dan kelasnya. model ini didatangkan dengan tangki bersaiz 15 liter bagi memudahkan perjalanan jarak jauh tanpa perlu berhenti selalu untuk mengisi minyak. 

Antara kelengkapan lain termasuklah paparan meter LCD, sistem kunci pintar ruang simpanan bawah pelana 19 liter, dua ruang kecil di hadapan, lampu-lampu LED, tinggi pelana 758mm, berat 132kg, tayar hdapan & bekakang 130/70-13 serta soket USB Type-A dan Type-C.

Dengan setiap pembelian mana-mana model WMOTO NX150S, para pembeli bolehmenikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian olehMforce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).