☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 April 2026

Moto Morini X-CAPE 1200 Kini Di Malaysia - RM51,888

Selepas di perkenalkan di White Swan Hotel, Zhejiang, China pada November tahun lalu, Moto Morini X-CAPE 1200 rasmi berada di pasaran negara pada harga asas bermula Rm51,888. Model kembara ini didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Vortex Red dan Stone Black.

X-CAPE 1200 dikuasakan enjin 1,187cc V2 DOHC 8-injap yang menghasilkan  127hp pada 8,750 rpm dan tork 106Nm pada 7,000 rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan serta slipper clutch memastikan penukaran gear lebih lancar. Tangki bahan api pula berkapasiti 24.5 liter yang sangat sesuai untuk tunggangan jarak jauh tanpa sentiasa perlu berhenti untum mengisi minyak.

Bahagian suspensi menggunakan fork terbalik KYB di hadapan dan monoshock KYB di belakang dengan pelarasan pra-beban manakala sistem brek pula jenis Brembo dengan cakera berkembar di bahagian hadapan dan untuk brek belakang menggunakan cakera tunggal. Jentera ini turut dipadankan sistem ABS dua saluran yang boleh dinyahaktifkan.

Antara kelengkap elektronik termasuklah Traction Control boleh laras, TPMS, quickshifter,Cruise Control serta lima mod tunggangan yang terdiri daripada All-Terrain, Off-Road, Road, Sport dan Wet.

Ciri-ciri lain pula adalah meter TFT 7 inci, soket USB Type-A & Type-C, lampu LED penuh, tayar hadapan 120/70-ZR19, tayar belakang 170/60-ZR17, kerangka trellis, tinggi pelana 840mm, kelegaan tanah 160mm dan berat keseluruhan 283kg.

Model ini turut dipadakan dengan kelengkapan premium seperti dashcam hadapan, pemanas pendikit & pelana, cermin penghadang angin boleh laras, pelindung tangan, serta sistem radar amaran bagi meningkatkan keselamatan.

Dari segi ketersambungan, X-CAPE 1200 menyokong Bluetooth untuk fungsi navigasi dan integrasi aplikasi. Ia juga hadir dengan dua kotak sisi (34 liter kiri, 25 liter kanan) dan kotak barangan atas 39 liter.

Setiap pembelian model ini disertakan waranti dua tahun tanpa had perbatuan, serta sokongan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Popular

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

  • Warta Roda

    ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

  • Model Baru

    MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

  • Warta Roda

    PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Artikel berkaitan

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Adakah LETBE NOMAD 350 Bakal Masuk Malaysia Pada 2027?

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Dari Litar

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) melakukan kebangkitan luar biasa dalam perebutan kejuaraan dunia MotoGP 2026 apabila muncul juara GP San Marino

Dari Litar

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Hakim Danish Ramli menyasarkan keputusan lebih baik apabila kembali beraksi padaGP San Marino.