☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 November 2026

Cyclone RT450 Tampil Pelbagai Teknologi Moden - RM27,988

Pasaran skuter maksi di Malaysia bakal menerima sebuah lagi model baharu menerusi pengenalan Cyclone RT450 yang diperkenalkan di Chongqing, China sempena acara TOP 68 Dealers' Educational  Tour Sales Campaign.

RT450 dijana enjin dua silinder selari 398cc, empat lejang, DOHC, lapan injap dengan sistem penyejukan cecair. Enjinnya mampu menghasilkan kuasa maksimum 31.5kW (42.2hp) pada 8,100rpm dan tprk maksimum 44.2Nm pada 5,600rpm. Turut terdapat Balance Shaft bagi mengurangkan gegarqn enjin sekali ketika perjalanan jauh.

Skuter maksi ini dilengkapi tangki bahan api 18 liter, uang bawah pelana mampu memuatkan dua buah topi keledar jenis Full Face. Selain itu, terdapat ruang penyimpanan tambahan di bahagian hadapan yang boleh digunakan untuk menyimpan barangan kecil serta kemudahan mengecas peranti secara wireless.

Cermin penghadang angin pada jentera ini boleh dilaraskan secara elektrik mengikut kesesuaian penunggang. Cermin sisi juga dilengkapi mekanisme lipatan elektrik. Lebih menarik, pelana dan pemegang tangan mempunyai fungsi pemanas yang memberikan keselesaan tambahan ketika menunggang dalam keadaan cuaca sejuk atau perjalanan jarak jauh.

Dari segi sistem elektronik, panel meter TFT berwarna memaparkan pelbagai maklumat tunggangan, sistem kunci pintar NFC, sambungan Bluetooth, pengecas tanpa wayar, ABS dua saluran, traction control  dan soket USB. Sistem kamera hadapan dan belakang turut disediakan bagi membantu merakam perjalanan serta pemantauan keadaan sekeliling motosikal.

Salah satu teknologi paling menarik ialah sistem radar belakang yang berfungsi bersama Blind Spot Monitoring. Teknologi ini membantu mengesan kenderaan yang menghampiri dari belakang serta memberikan amaran sekiranya terdapat kenderaan berada di kawasan titik buta penunggang. Ia menjadi satu ciri tambahan yang berguna khususnya ketika menukar lorong atau menunggang di lebuh raya.

RT450 turut menggunakan sistem pintar FEELFUN yang merangkumi Intelligent Power Distribution Unit (IPDU) untuk menguruskan pengagihan kuasa elektrik motosikal. Selain itu, Energy Harvesting System (EHS) turut disediakan bagi membantu pengurusan dan pemulihan tenaga dalam sistem elektrik. Model ini juga dilaporkan mempunyai sistem pengecasan solar tambahan untuk membantu mengekalkan bekalan kuasa bateri ketika motosikal tidak digunakan.

Kelengkapan lain adalah fork teleskopik, penyerap hentak berkembar, berat 210kg, tinggi prlana 780mm, lampu-lampu LED, brek-brek cakera, tayar hadapan 120/70-15, tayar belakang 140/70-14, kelegaan tanah 135mm, tangki bahan api 18 liter dan jarak roda 1,525mm.

Cyclone RT450 ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga asas RM27,988 yang hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Prestige Black, Strong Gray dan Alabaster White. RR

Popular

  • Model Baru

    HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....

  • Warta Roda

    SWM 255XT Dijangka Ke Pasaran Negara Suku Kedua 2027 - Bawah RM20K

  • Model Baru

    SWM TEMAX 160: Masuk Malaysia tahun depan. Harga dijangka bawah RM10,000

  • Model Baru

    KYMCO CV-X45: Skuter 'Adventure Crossover' Serba Baru

  • Warta Roda

    EICMA 2026 & YAMAHA CAMPUS: Pengalaman Yang Cukup Berharga

Artikel berkaitan

HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....

SWM TEMAX 160: Masuk Malaysia tahun depan. Harga dijangka bawah RM10,000

KYMCO CV-X45: Skuter 'Adventure Crossover' Serba Baru

EICMA 2026 & YAMAHA CAMPUS: Pengalaman Yang Cukup Berharga

Morbidelli T802 2027 Tampil Dalam 3 Varian

Zontes 552G Bakal Meriahkan Rangkaian Skuter Adventure di Malaysia Tahun Hadapan

SUZUKI SV-7S: Pengganti SV650 Yang Dinanti-nantikan?

Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

HONDA V3R900 E-Compressor: Dari prototaip ke realiti....

Honda V3R900 E-Compressor tampil dengan gaya yang cukup garang dan semestinya memberi tumpuan kepada aerodinamik. Saluran udara di sebelah kanan menempatkan penapis udara, manakala saluran di sebelah kiri berfungsi untuk menyejukkan unit ECU.

Model Baru

Zontes 552S Bakal Perluaskan Rangkaian Skuter Maksi Di Malaysia

Zontes dijangka memperluaskan rangkaian skuter berkuasa tinggi di pasaran Malaysia menerusi pengenalan model baharu Zontes 552S.

Model Baru

KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

KTM Malaysia turut merancang memeprkenalkan KTM 790 Adventure 2027 ke pasaran tempatan.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.