☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 Ogos 2026

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Yamaha Motor India secara rasmi melancarkan YZF-R2 sebagai model baharu dalam keluarga R-Series. Kehadiran R2 menjadi model pertama Yamaha dalam segmen sportbike 200cc di pasaran India. Jentera ini didatangkan dalam tiga varian iaitu versi R2, R2 Quickshifter dan R2 M dengan menggunakan asas enjin dan casis yang sama tetapi dibezakan menerusi kelengkapan serta ciri-ciri yang ditawarkan

Yamaha YZF-R2 menggunakan enjin 204cc satu silinder, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin bertransmisi 6-kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa 26.5hp 10,000rpm dan tork sekitar 19.1Nm pada 8,000rpm. Selain hadir dengan sistem Assist & Slipper Clutch, Yamaha turut melengkapkannya model ini dengan ride-by-wire bagi memberikan tindak balas pendikit yang lebih responsif.

Dari segi casis juga serba baharu yang dibangunkan menggunakan kerangkan high tensile-steel daimond dengan berat jentera secara keseluruhan sekitar 149kg. Sementara itu, saspensi hadapan menggunakan fork jenis USD manakala bahagian belakang jenis monoshock. Sistem brek pula terdiri daripada brek cakera 282mm di depan dan 220 mm untuk roda belakang. Sistem ABS dua saluran dan traction control pula sebagai ciri standard pada kesemua varian.

Antara kelengkapan lain seperti paparan meter TFT berwarna 5-inci, Y-Connect, lampu-lampu LED, tinggi pelana 810mm, jarak roda 1,340mm, tayar hadapan 100/80-17M/C 52S, tayar belakang 140/70R17M/C 66H dan tangki bahan api 14 liter. Selain itu, model ini turut disempurnakan dengan tiga mod tunggangan iaitu Street, Sport dan Rain. Terdapat juga mod kustom di mana penunggang boleh membuat tetapan sendiri mengikut keselesaan.

Untuk varian R2 Quick Shifter, perbezaan utama berbanding versi standard ialah sistem Quickshifter dua hala yang membolehkan pertukaran gear dengan lebih pantas tanpan menarik klac. Sementara itu, varian tertinggi R2 M menerima kelengkapan lebih premium seperti suspensi boleh laras, tuil brek boleh laras, klac boleh laras,pelana dengan kemasan faux-suede dan sistem kunci pintar..

Untuk pasaran India, harga Yamaha YZF-R2 bermula INR230,500 (RM9,700) bagi varian standard, manakala R2 Quick Shifter ditawarkan pada INR239,500 (RM10,100) dan R2 M sebagai varian tertinggi berharga INR253,000 (RM10,700). RR

Popular

  • Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

  • Warta Roda

    Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

  • Model Baru

    Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

  • Model Baru

    LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

  • Warta Roda

    ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Artikel berkaitan

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Akhirnya ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F Sedia Dipasarkan!

Honda E-Clutch Kini di NX500, CB750 & Transalp

Marshal Moto Lancarkan 2 Model Terbaru ke Pasaran Negara

LETBE FLYGON 250: Sesuai Tak Untuk Pasaran Kita?

Disyorkan untuk anda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Warta Roda

Gracshaw X Mobile Suit Gundam Limited-Edition Collection

Grachaw telah melancarkan koleksi edisi terhad GRACSHAW x Mobile Suit Gundam dengan menampilkan tiga daripada Mobile Suit paling popular dalam siri itu khas buat para penunggang dan pengumpul produk-produk Gundam.