☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Januari 2017

Honda MSX125 Lincah Bergaya!

Honda MSX125 merupakan sebuah jentera baru yang telah diperkenalkan pada awal bulan lalu oleh Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH). Majlis yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan BSH, En. Nobuhide Nagata turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato' Sri Datuk Wira Tan Hui Jing dan dua pelumba terkenal Honda iaitu Khairul Idham Pawi dan Md Zaqhwan Zaidi.

MSX125 merupakan model yang sedang mendapat perhatian pencinta motosikal di seluruh dunia dan BSH berkeyakinan tinggi untuk memperkenalkan trend terbaru ini di pasaran negara. Ini disebabkan MSX125 menawarkan prestasi yang mantap, kualiti pembikinan yang tinggi, bergaya dan mesra pengguna.

Dari kiri: En. Koichi Tonouchi, Khairul Idham Pawi, En. Nobuhide Nagata, Dato’ Sri Datuk Wira Tan Hui Jing dan Zaqhwan Zaidi di majlis pelancaran Honda MSX125.
Dari kiri: En. Koichi Tonouchi, Khairul Idham Pawi, En. Nobuhide Nagata, Dato’ Sri Datuk Wira Tan Hui Jing dan Zaqhwan Zaidi di majlis pelancaran Honda MSX125.

Model terbaru Honda ini didatangkan dengan enjin 125cc, sistem sejukan udara, empat lejang, silinder tunggal yang berkuasa 7.2kW pada 7,000rpm dan tork maksimum 11Nm pada 5,250rpm. Dengan adanya sistem suntikan bahan api Programmed-Fuel Injection (PGM-FI), pemilik MSX125 ini sudah tentu akan dapat menunggang dengan selesa dan menjimatkan.

Antara ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh jentera ini ialah panel meter digital, lampu-lampu LED, brek hadapan dan belakang jenis cakera, sistem saspensi jenis terbalik yang cemerlang dan kunci utama jenis lipat (Jack Knife Key).

Di majlis yang sama, para media turut diberikan peluang untuk merasai sendiri prestasi jentera baru ini meratah setiap selekoh di Sepang International Kart Circuit. Benar...ia memang mesra penunggang. Posisi menunggang cukup selesa dan dapat dinikmati oleh semua jenis penunggang tidak kira tinggi atau rendah. Dengan saiz badan yang ramping, MSX125 amat mudah untuk kita kendalikannya dengan yakin ketika memecut laju dan apabila berada di selekoh tajam.

Dengan kelegaan bumi yang agak tinggi serta tayar-tayar MSX125 bersaiz 120/70-12 (hadapan) dan 130/70-12 (belakang) yang mencengkam dengan baik, jentera ini mampu berada di laluannya dengan kemas sekali. Apa yang sedikit mengecewakan ialah ketiadaan penunjuk posisi gear.

Bagi penunggang muda atau yang baru ingin mendekati dunia motosikal, penunjuk gear ternyata amat membantu seseorang penunggang itu memasuki suatu selekoh dengan selamat.

Tidak dinafikan bahawa menunggang MSX125 ini memang seronok dan cukup berkeyakinan dengan sasaran BSH untuk memasarkan sebanyak 100 unit setiap bulan. Model ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Hyper Yellow dan Burning Red pada harga RM11,128.94 (termasuk GST). MSX125 turut didatangkan dengan waranti kilang selama dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Januari 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.