☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 September 2018

Yamaha Terus Unggul Dengan R15 Baru

Selepas menerima sambutan yang cukup menggalakkan menerusi model R25, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan sebuah lagi model sport iaitu YZF R15 yang menyambung legasi jentera-jentera Siri R dengan menawarkan rekabentuk sporty, prestasi enjin yang mantap serta padat dengan teknologi terkini. Pelancaran model yang sangat ditunggu-tunggu ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HLYM, Dato' Jim Khor yang turut menegaskan jentera baru tersebut (R15) dihasilkan dengan pelbagai keistimewaan dan bakal menaikkan saingan dalam segmen jentera jalanan berkuasa 200cc.

Dari kiri: En. Shinsuke Yamaura, Dato’ Jim Khor dan En. Koh Eng Chan melancarkan YZF R15 baru.
Dari kiri: En. Shinsuke Yamaura, Dato’ Jim Khor dan En. Koh Eng Chan melancarkan YZF R15 baru.

Pada harga RM11,988, model terbaru ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri hebat seperti enjin baru dengan Variable Valve Actuation (VVA), lampu depan dan belakang LED, kerangka jenis Deltabox, fork hadapan jenis terbalik, panel meter digital, sistem klac Assist & Slipper, lengan ayun aluminium, lampu penukaran gear dan brek depan besar bersaiz 282mm. Enjin 155.1cc juga menawarkan hantaran kuasa maksimum setinggi 14.2kW pada 10,000rpm dan tork maksimum 14.7 Nm pada 8,500rpm.

Pihak HLYM menyasarkan pengeluaran jentera ini sebanyak 500 unit sebulan dengan kecenderungan kepada pemilik-pemilik berusia di antara 25 hingga 35 tahun. Terdapat tiga warna cukup menarik menanti para pencinta motosikal yang ingin memiliki R15 iaitu kuning, hitam dan biru. Memang garang dan mantap sekali!

Turut diperkenalkan pada tarikh yang sama ialah pelincir Yamalube RS 4T terbaru yang menawarkan perlindungan cukup mantap untuk sistem gear dan klac untuk respons prestasi serta pecutan yang optimum. Menurut Pengurus Besar Bahagian Alat Ganti, CS Tan, RS 4T adalah pelincir fully-synthetic SAE 10W-40 yang dirumuskan untuk enjin jentera empat lejang moden dan berprestasi tinggi. Produk mantap ini mula berada di pasaran pada bulan September atau Oktober tahun ini dan ditawarkan pada harga di antara RM60 hingga RM70 sebotol.

Pelancaran model baru R15 ini lebih bermakna kerana ia dilakukan bersempena dengan karnival Yamaha Gen Blu yang berlangsung di perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 29 Julai lalu. Karnival Gen Blu ini dianjurkan para pencinta motosikal khususnya Yamaha dengan menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan seperti pameran jentera Yamaha, permainan video, permainan Mechanical Rodeo Bull, konsert, kempen servis percuma, tunggang uji pelbagai model Yamaha, pertunjukan stunt, food truck pelbagai jenis makanan dan cabutan bertuah.

Ribuan pemilik motosikal Yamaha hadir dari seluruh negara dengan menunggang jentera masing-masing. Ruang parkir penuh dengan pelbagai model seperti Y15ZR, 135LC, 125ZR, RXZ135, TZM150, YZF-R25, XMax250, NVX155, Nmax155, FZ150i serta model-model berkuasa tinggi seperti siri MT dan siri XJ6. Cuaca yang cukup cerah menambah kemeriahan acara pada hari tersebut. Tahniah diucapkan buat dua orang pemenang bertuah iaitu En. Muhammad Radzi b. Malimin dan En. Iswadi b. Abd Aziz yang masing-masing memenangi hadiah cabutan bertuah berupa sebuah Yamaha MT-07 dan Yamaha Y15ZR.

“Saya menunggang Yamaha Y15ZR dan berkonvoi buat pertama kali bersama rakan-rakan motor ke Karnival Gen Blue. Stadium Batu Kawan memang lokasi yang cukup sesuai sekali untuk penganjuran karnival tersebut dan pelancaran jentera baru Yamaha R15. Memang saya sangat sukakan model MT-07 dan sangat-sangat terkejut ketika nama saya diumumkan sebagai pemenang. Rakan-rakan lain lebih terkejut kerana inilah kali pertama saya ikut mereka berkonvoi dan menang pula, syukurlah,” kata En. Muhammad Radzi B Malimin, 37 tahun dari Petaling Jaya yang memenangi sebuah Yamaha MT-07.

Dato’ Jim Khor (ketiga dari kanan) merasmikan Karnival Gen Blu.

Aksi hebat dari Juara ‘Freestyle’ Asia lima kali, Wawan Tembong dari Indonesia bersama salah seorang pengunjung yang hadir.
Aksi hebat dari Juara ‘Freestyle’ Asia lima kali, Wawan Tembong dari Indonesia bersama salah seorang pengunjung yang hadir.

“Saya sekarang menunggang Yamaha XJ6 dan memang sedang mencari sebuah moped untuk dibeli. Yamaha Y15ZR pula adalah antara pilihan utama tetapi tak sangka pula boleh menang di Karnival Gen Blue ini. Saya memang terkejut dan cukup teruja sekali. Ini kali pertama Yamaha anjurkan karnival seperti ini dan memang sangat seronok kerana tapak karnival luas manakala ruang pameran juga cantik,” kata En. Iswadi B Abdul Aziz, 40 tahun dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang. RR

Isu Pada

September 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.