☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Julai 2020

MForce Bike Holdings Lancar MAXSYM TL 500 & SYM VF3i 185 LE

MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan dua model terkini iaitu MAXSYM TL 500 dan SYM VF3i 185 LE. Kedua-dua model ini diperkenalkan menerusi siaran langsung di laman sosial facebook yang disempurnakan oleh Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad dan Pengurus Perancangan dan Pembangunan, En. Omar Yani Othman.

MAXSYM TL 500 merupakan sebuah skuter yang mengggunakan pacuan akhir jenis rantai pertama yang dikeluarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd. Model ini dilengkapi dengan enjin bersesaran 465cc, dua silinder, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang menawarkan kuasa 30.0kW pada 6,750rpm dan tork 42.5Nm pada 6,250rpm. Sejak RR melihatnya di Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA tahun lalu, kami benar-benar mengagumi rekabentuknya yang cukup sasa, moden dan sangat selesa.

Ruang hadapannya luas dan cukup selesa yang dimantapkan lagi dengan penampilan panel meter jenis TFT yang lengkap dengan Auto Dimmer. Maxsym TL500 ini turut didatangkan dengan ekzos berkembar jenis Honeycomb Shape yang mempunyai bentuk seperti sarang lebah. Para pemilik skuter maksi ini juga bakal menikmati keberkesanan sistem ABS, lampu-lampu LED, ergonomik dan tangki minyak bersaiz 12.5 liter.

Untuk memberi keyakinan dan tahap kestabilan tinggi sewaktu di jalan raya, SYM telah melengkapkan model ini dengan sistem saspensi hadapan jenis terbalik dan penyerap hentak tunggal. Maxsym 500TL ini akan berada di pasaran Malaysia bermula awal bulan Julai yang berharga RM35,888 dengan tiga pilihan warna iaitu Matt Black, Matt Blue dan Grey.

SYM VF3i 185 LE ini pula merupakan sebuah model popular yang telah dinaiktaraf dari versi sebelumnya. SYM VF3i sememangnya mempunyai reputasi mantap sebagai sebuah jentera moped berkapasiti enjin terbesar di Malaysia.

Jentera ini dijana dengan enjin 183cc, empat lejang, SOHC yang memiliki kuasa 19.7hp pada 9,000rpm dan tork 17.4Nm pada 7,500rpm. Enjin suntikan bahan api ini dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan mematuhi piawaian EURO 3.

Untuk tujuan keselamatan, SYM ini didatangkan dengan lampu-lampu jenis LED di depan dan belakang yang telah dipertingkatkan. Selain itu, versi baharu ini turut ditambahkan dengan visor hadapan aerodinamik yang membantu penunggang untuk mengurangkan rintangan angin dan meningkatkan keseimbangan semasa menunggang. Menariknya model LE ini merupakan sebuah moped pertama yang dilengkapi dengan sistem ABS.

SYM VF3i didatangkan dengan warna Hitam Matt yang berharga RM9,338 dengan jaminan selama 2 tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Julai 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.