☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 September 2018

Scrambler Ducati 1100 Tiba Di Malaysia

Pengedar rasmi motosikal Ducati, Next Bike Sdn Bhd baru-baru ini telah melancarkan Scrambler Ducati 1100. Model Scrambler ini boleh didapati dalam dua varian iaitu Scrambler Ducati 1100 Special dan Scrambler Ducati 1100 Sport.

“Scrambler 1100 bertujuan memenuhi keperluan para peminat motosikal yang inginkan keseronokan, gaya dan kebebasan. Jualan global model Scrambler telah melepasi 46,000 unit sejak pengenalan pertama pada tahun 2016 sehingga kini. Kehadiran Scrambler Ducati 1100 di pasaran tempatan telah melengkapkan barisan model Scrambler sedia ada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Kumpulan Automotif) Naza Corporation Holdings, Dato’ Samson Anand George.

Dari kiri: En. Fazli Sham, En. Nazma SHC Yusof dan En. Dennis Michael di majlis pelancaran Scrambler Ducati 1100.
Dari kiri: En. Fazli Sham, En. Nazma SHC Yusof dan En. Dennis Michael di majlis pelancaran Scrambler Ducati 1100.

Kedua-dua model Scrambler diikuasakan oleh enjin L-twin dua injap 1079cc, EURO 4 yang telah direka semula untuk memberikan lebih kuasa dan pengendalian yang hebat. Enjin ini menawarkan kuasa maksimum sehingga 86 hp pada 7,500rpm dan tork 88.4Nm pada 4,750rpm dengan penghantaran kuasa yang lancar. Sistem transmisi adalah 6 kelajuan jenis klac basah dengan kawalan hidraulik dan mempunyai teknologi servo-assisted slipper function untuk mengelakkan tayar belakang hilang kawalan ketika menurunkan gear.

Di bahagian panel meter menampilkan gabungan elemen klasik dan paparan digital yang memaparkan info-info penting seperti mod tunggangan, tahap bahan api dan traction control. Ducati juga turut menyediakan penambahan aksesori iaitu sistem informasi Ducati Multimedia System yang boleh dimuatkan dengan sambungan Bluetooth pada sistem paparan kedua-dua jentera ini.

Sub kerangka belakang telah dipisahkan daripada chasis untuk memudahkan proses modifikasi. Scrambler 1100 telah dikemaskan dengan lampu hadapan bentuk bulat yang dihias dengan trim aluminium dan parabola kaca seperti motosikal Scrambler Ducati yang lain. Tangki bahan api mampu memuatkan sehingga 15 liter membolehkan jarak perjalanan yang lebih jauh.

Bagi membezakan kedua-dua varian ini, Scrambler 1100 Special didatangkan dengan saspensi hadapan USD boleh laras dan monoshock Kayaba di belakang. Manakala untuk model Sport, ia lebih berprestasi dengan penggunaan sistem suspensi Ohlins untuk memberikan keselesaan dan prestasi tinggi pada jentera ini.

Scrambler 1100 telah dipasang dengan sistem Bosch 9.1 MP Cornering ABS dan Ducati Traction Control (DTC) yang pertama dalam keluarga Scrambler untuk aspek keselamatan. Terdapat tiga mod tunggangan pada Scrambler Ducati 1100 iaitu Active Riding Mode menyediakan enjin berkuasa penuh, Journey Riding Mode untuk kegunaan harian dan City Riding Mode yang menurunkan kuasa pada 75 hp demi keselamatan semasa menunggang di kawasan bandar.

Scrambler Ducati 1100 Special dijual pada harga RM83,000 hadir dengan warna Custom Grey dan RM85,000 untuk model Scrambler 1100 Sport dengan warna Viper Black. Untuk kemudahan para pelanggan mereka, setiap pembelian motosikal Ducati akan menerima jaminan dua tahun tanpa had dan Ducati Smart Service yang terdiri daripada servis percuma selama dua tahun atau 30,000 kilometer yang mana terdahulu. RR

Isu Pada

September 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).