Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Oktober 2017

Empat Model Baru Dari BMW

Pengeluar motosikal premium, BMW Motorrad telah memperkenalkan empat lagi model terbaru yang menjanjikan keseronokan menunggang, gaya yang mantap serta prestasi enjin yang mengagumkan. Pengenalan kepada model S1000RR, R 1200 GS Rallye, K 1600 Bagger dan R nineT Urban GS ini telah diadakan bersempena acara BMW Motorrad Nightfuel dan juga merupakan perhimpunan terbesar jentera BMW yang diadakan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada September lalu.

S 1000 RR
S 1000 RR


“Selepas Kuala Lumpur, kami memilih Pulau Pinang kerana inginkan satu perubahan dan meraikan para pencinta BMW di seluruh negara. Tiada acara yang lebih baik untuk memperkenalkan motosikal premium keluarga BMW Motorrad selain di Nightfuel. Inilah masa yang paling sesuai untuk melancarkan keempat-empat model terbaru yang pastinya menarik minat ramai penunggang motosikal di sini,” kata Ketua BMW Motorrad Malaysia, En. Owen Riley.

En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad
En. Owen Riley, Ketua BMW Motorrad


BMW S 1000 RR merupakan jentera sport yang sangat moden dan berprestasi tinggi. Enjin 999cc, empat silinder menawarkan kuasa maksimum 199hp pada 13,500rpm dan tork 113Nm pada 10,500rpm. S 1000 RR turut disempurnakan dengan tiga mod tunggangan iaitu Rain, Sport dan Race. Penambahan baru ke atas ciri standard termasuk Dynamic Traction Control (DTC) dengan alat pengesan kecondongan serta ubahsuai kepada tujuh tahap untuk prestasi dan keselamatan terbaik ketika memecut.

BMW S 1000 RR baharu juga hadir dengan pelana pembonceng dan boleh didapati dalam warna Granite Grey/Black Storm dan Racing Red/Light White untuk gaya yang dinamik. Harga asas untuk model ini ialah RM106,900 (termasuk GST).

S 1200 GS Rallye
S 1200 GS Rallye

BMW R 1200 GS Rallye pula merupakan sebuah jentera pengembaraan milik BMW yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Model ini telah memberi keseronokan menunggang dan nikmat pengembaraan kepada para pencinta motosikal lebih daripada 35 tahun lalu. Model baru ini telah diubahsuai dengan menggunakan tayar jalanan biasa serta tempat duduk standard yang selesa.

Jentera ini didatangkan dengan enjin Boxer yang memiliki kuasa maksimum 125hp pada 7,750rpm dan tork 125Nm pada 6,500rpm. Pemangkin dan status data untuk pengurusan enjin model R 1200 GS Rallye ini juga telah diperhalusi untuk memenuhi piawaian terkini EU4.

R nineT Urban GS
R nineT Urban GS


Kemantapan model ini juga disumbangkan oleh rekacorak grafik dan warnanya yang cukup memikat hati. Ia ditawarkan pada harga RM105,900 (termasuk GST).

Ingin mengembara dengan gaya eksklusif? Ucapkan selamat datang kepada model K 1600 B (Bagger). Ia merupakan sebuah jentera dikuasakan oleh enjin 6 silinder yang menawarkan kuasa setinggi 160hp. Dengan menggunakan moto 'Spirit of the Open Road', keunikan dan kemewahan K 1600 B jelas dilihat menerusi rekabentuk dan kecanggihan sistem elektroniknya.

Untuk memudahkan penunggang, model ini dilengkap dengan Shift Assistant Pro yang membolehkan kita menukar gear tanpa perlu menggunakan tuas klac. Tunggangan BMW K 1600 B baru ini juga dipermudahkan dengan adanya sistem bantuan mengundur. Ciri tersebut boleh diaktifkan dengan hanya menekan butang “R” pada sebelah kiri panel bar hendal. Tampil dengan Blackstorm Metallic, BMW K 1600 B ini ditawarkan pada harga RM159,900 (termasuk GST).

R nineT Urban GS merupakan satu lagi ahli keluarga R nineT yang memiliki karaktor yang sama tetapi dibezakan dari segi rekabentuknya yang dihasil berasaskan konsep kebebasan dan keterujaan untuk pengembara di jalanan biasa mahu pun di laluan lasak. R nineT Urban GS dimantapkan dengan enjin Boxer 1,170cc yang memiliki kuasa 110hp memberikan keunggulan pecutan dalam keenam-enam gear yang dimilikinya.

Untuk memberi cengkaman di laluan berliku, model ini didatangkan dengan tayar hadapan 120/70 ZR 19 dan tayar belakang bersaiz 170/60 ZR 17 yang selari dengan gayaan sebuah motosikal klasik. Model BMW boxer ini boleh ditempah dengan tayar off-road dipadankan dengan rim berjejari yang menyerlahkan lagi gaya klasiknya. Automatic Stability Control (ASC) yang membantu mengelakkan roda belakang daripada tergelincir turut ditawarkan sebagai aksesori pilihan. Model R nineT Urban GS ini boleh dimiliki pada harga RM87,900 (termasuk GST).

R nineT Racer
R nineT Racer


Untuk meraikan dan memeriahkan lagi acara BMW Motorrad Nightfuel yang diadakan di Pulau Pinang, pihak BMW Motorrad Malaysia telah menganjurkan konvoi yang disertai oleh para pemilik BMW dari Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan yang berjumlah kira-kira 70 orang penunggang. RR serta beberapa wakil media lain turut dijemput bersama dan diberi kesempatan untuk menunggang secara bergilir-gilir model-model baru lain seperti BMW S 1000 R, BMW G310 R, BMW R nineT Racer, BMW R nineT Urban GS dan BMW K 1600 GT. RR sempat menikmati tiga buah model iaitu BMW R nineT Racer, BMW G 310 R dan BMW S 1000 R.

K 1600 B
K 1600 B

BMW R nineT Racer merupakan sebuah jentera yang memiliki enjin yang mirip dengan model R nineT yang lain tetapi dibezakan dengan rekabentuk jenis retro dan posisi menunggang ala perlumbaan. Ini bererti, posisi badan kita agak ke hadapan. Bar hendalnya yang terletak jauh ke hadapan mungkin sedikit memenatkan terutama untuk penunggang rendah atau digunakan dalam perjalanan jauh. Bentuk model ini ternyata diminati ramai kerana ia unik dan mengingatkan kita dengan jentera perlumbaan zaman retro dahulu kala.

En. Ooi Choong Beng menunggang R nineT.
En. Ooi Choong Beng menunggang R nineT.

Hantaran kuasa dan torknya sangat mantap sekali. Memang kekuatan enjin Boxer amat mengujakan! Enjin ini berkuasa 110bhp pada 7,750rpm dan tork 116Nm pada 6,000rpm. Dengan bar hendal yang rendah serta posisi menunggang yang aerodinamik, kita dapat memecut dengan jentera ini lebih daripada 200km/j dengan selesa dan stabil sekali. Harga untuk model ini ialah RM89,900 (termasuk GST).

Seperti yang dijangkakan, G 310 R pula sememangnya sebuah jentera jalanan yang selesa, seronok dan mudah untuk dikendalikan. Pelananya setinggi 785mm dan hanya seberat 158.5kg yang membolehkan jentera ini ditunggang oleh sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Model ini tangkas dan lincah untuk tunggangan bandar tetapi cukup stabil ketika memecut di dalam lebuhraya.

Model ini juga memiliki spesifikasi yang mantap. Enjin satu silinder menawarkan kuasa 25kW pada 9,500rpm dan tork 28Nm pada 7,500rpm yang sudah mencukupi untuk 'berlari' dengan pantas. Bermain di dalam gear-gear pertengahan juga tidak mengecewakan! Kelajuan maksima yang dapat dilakukan dengan G 310 ini ialah sekitar 160-170km/j tanpa sebarang gegaran pada bahagian hendal, kerangka mahu pun enjin.


G 310 R berharga RM26,900 (termasuk GST) dan memang berbaloi untuk memilikinya. Ia selesa, senang dan stress-free!

Model terakhir yang dapat ditunggang ketika menyertai konvoi ini ialah BMW S 1000 R. Aduhai! Ia adalah sebuah jentera naked antara yang terbaik pernah dirasai. Posisi menunggangnya selesa dan dinamik. Bar hendal berada pada ketinggian yang cukup sesuai untuk pengendalian di dalam bandar (kelajuan rendah dan sederhana) serta ketika memecut lebih daripada 200km/j. Ia berkuasa 160bhp dengan tork 112Nm!

Sangat kuat tetapi sistem pengurusan enjinnya yang sempurna menjadikan jentera ini mempunyai pengendalian yang cukup mudah. Hantaran kuasanya yang lancar dan tenang membenarkan kita menggunakan pendikit dengan lebih tenang terutamanya di dalam selekoh atau ketika cuba meningkatkan kelajuan keluar daripada selekoh.

Untuk kepuasan pemiliknya, S 1000 R dilengkapi dengan mod tunggangan yang cukup versatil. Terdapat tiga mod tunggangan iaitu Rain, Road dan Dynamic. Kesemua mod tunggangan ini disambungkan dengan sistem Traction Control, ABS, Automatic Stability Control (ASC) yang mengawal setiap pergerakan dengan tepat. Setiap saat bersama S 1000 R ini dirasa selamat! Terdapat juga mod Dynamic lengkap dengan pakej Dynamic Damping Control yang ditawarkan bagi mereka yang inginkan tunggangan yang lebih agresif.

Dalam jangka masa yang agak singkat itu (lebih kurang 350 kilometer), antara ciri-ciri paling kami suka ialah sistem ekzos Akrapovic yang garang sekali, Cruise Control dan sistem Shift Assistant. Dengan adanya Shift Assistant ini, kita dapat menambah/menurunkan gear tanpa menggunakan klac dan proses ini dapat dilakukan begitu lembut dan lancar sekali. Benarlah apa yang dikatakan oleh En. Owen Riley, “Anda akan mengagumi dengan sistem Shift Assistant ini!”

Selain pelancaran empat model terbaru, acara BMW Motorrad Nightfuel dimeriahkan dengan nyanyian penuh bertenaga dari kumpulan NRG, makanan yang enak, tayangan video aktiviti anjuran BMW di seluruh dunia dan ditutupi dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah yang menarik. RR

Isu Pada

Oktober 2017

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

Harley-Davidson Pan America 1250 Special 2025

Triumph Speed Triple RX tawarkan prestasi 'Sang Juara'

CFMOTO 800MT-X Sebuah Jentera Adventure Touring - RM48,888

Yamaha Tracer 7 & Tracer 7 GT: Prestasi 'Sport Touring' Era Baru

Harley-Davidson Fat Boy Gray Ghost: Lawa Lain Macam!

CFMOTO 250NK Lite - Harga Marhaen RM9,888

SYM ADXTG 400 Sudah Mendarat di Malaysia - RM29,888

QJMOTOR AX200S Panaskan Lagi Pasaran Segmen Skuter - RM7,988

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

Joan Mir melengkapkan 64 pusingan sepanjang hari dan pelumba bernombor #36 itu dapat mencuba lengan ayun baru yang dinilai oleh 'Pasukan Ujian Honda HRC' serta beberapa pilihan persediaan untuk meningkatkan prestasi.

Warta Roda

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam nahas kemalangan bas awal pagi tadi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam nahas kemalangan bas yang berlaku di Gerik pada awal pagi tadi.

Warta Roda

Boon Siew Honda Nafi Jentera Jenama Lain di Malaysia Gunakan Enjin Honda

Boon Siew Honda ingin menangani dakwaan yang tidak tepat baru-baru ini yang telah mula beredar. Dakwaan ini mencadangkan bahawa enjin Honda digunakan pada motosikal bukan jenama Honda.\

Warta Roda

Perlumbaan Lasak Rimba Raid X Dilancarkan!

Bagi para peminat dunia motosikal lasak di Malaysia, Rimba Raid tidak perlu lagi diperkenalkan. Bermula dari tahun 2015, saingan Rimba Rais bukan sahaja berjaya menarik minat para pesaing dari dalam negara sahaja malah hampir dari serata dunia di Malaysia ialah Taman Negara Kuala Tahan, Kampung Janda Baik dan yang terkini ialah di Lenggong, Perak Darul Ridzuan.