☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 November 2017

KTM 250 Duke & 390 Duke Baru!

KTM Malaysia dengan bangganya telah melancarkan dua buah model terbaru iaitu KTM 250 Duke dan 390 Duke 2017. Kehadiran kedua-dua model ini pastinya ditunggu-tunggu oleh para pencinta motosikal khususnya peminat model-model jalanan. Siri Duke seperti 200 Duke, 250 Duke dan 390 Duke merupakan antara jentera yang paling hangat dan yang paling laris sejak diperkenalkan pada tahun 2012 lalu.

250 DUKE
250 DUKE


Untuk model terbaru ini, rupabentuk hadapan 390 Duke ini dihasil berasaskan model terulung 1290 Super Duke yang menawarkan lampu LED yang jelas dan kemas sekali. Enjin satu silinder, empat lejang 373.2cc yang dimiliki 390 Duke mempunyai kekuatan hantaran kuasa 44hp pada 9,000rpm dan tork 37Nm pada 7,000rpm.

390 DUKE
390 DUKE


Untuk memastikan pemiliknya dapat menunggang dengan penuh keyakinan dan keseronokan, 390 Duke turut dipadatkan dengan ciri-ciri menarik seperti panel meter TFT pelbagai warna, sistem Bluetooth, kawalan pendikit Ride-by-Wire, slip-and-assist clutch, brek-brek dengan sistem ABS, kerangka jenis trellis yang bertegaran tinggi dan banyak lagi.

390 DUKE
390 DUKE


Model 250 Duke menawarkan enjin bersesaran 248.8cc yang berkuasa setinggi 30hp pada 9,000rpm dan tork 24Nm pada 7,250rpm. Untuk disesuaikan dengan kemantapan enjin dan karaktornya, Duke ini disempurnakan dengan slip-and-assist clutch, sistem saspensi hadapan dan belakang jenis WP, sistem ABS dan kerangka jenis trellis.

KTM 390 Duke ditawarkan pada harga RM28,800 (termasuk GST) manakala harga untuk KTM 250 Duke pula ialah RM21,730 (termasuk GST). RR

Isu Pada

November 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).