☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Disember 2017

Aprillia RSV4 RF & Tuono 1100 V4 Factory Baru!

Pengedar rasmi jentera Aprilia di Malaysia, Naza Premira Sdn Bhd dengan bangganya melancarkan dua model terbaru iaitu Aprilia RSV4 RF dan Tuono 1100 V4 Factory pada akhir Oktober lalu. Majlis pelancaran kedua-dua model ini telah disempurnakan oleh En. Farouk Faisal, COO Naza Premira ditemani oleh pelumba pasukan Aprilia Racing Team Gresini, Sam Lowes.


Designed For Racers, Built For Riders itulah kata-kata yang sebulat suara di seluruh dunia untuk menggambarkan kehebatan model RSV4 RF ini. Model ini adalah jentera terulung yang memiliki enjin silinder V-4, empat lejang, sistem sejukan cecair, DOHC yang menawarkan kuasa sehebat 201hp pada 13,000rpm dan tork 115Nm pada 10,500rpm yang menepati piawaian Euro 4. Untuk kawalan hebat di jalanan serta di litar, model 2017 telah diperkemaskan dengan fork hadapan Ohlins jenis terbalik bersaiz 43mm serta saspensi belakang yang terdiri daripada lengan ayun aluminium dengan penyerap hentak mono Ohlins TTX yang terbukti cukup cemerlang.


Jentera ini juga dilengkapkan dengan sistem pengurusan elektronik terkini Aprilia Performance Ride Control (APRC) yang termasuk Traction Control (ATC), Wheelie Control (AWC), Launch Control (ALC), kotak gear elektronik (AQS), Cruise Control (ACC), Pit Limiter (APL), Cornering ABS yang kesemuanya boleh dikonfigurasikan dan dinyahaktifkan mengikut citarasa seseorang penunggang itu.

Model ini juga telah dianugerahkan sebagai 2017 Motorcycle.com's Best Sportbike of the Year. Aprilia RSV4 RF ditawarkan pada harga RM127,571 (termasuk GST).

TUONO 1100 V4 Factory
TUONO 1100 V4 Factory

Tuono 1100 V4 Factory merupakan sebuah jentera jalanan antara yang terpantas dan paling sporty pernah dihasilkan. Seperti model RSV4 RF, ia juga telah dinobatkan sebagai 2017 Motorcycle.com's Best Streetfighter/Hooligan of the Year di atas keanggunan dan kemantapan spesifikasinya. Model baru ini dihasil berasaskan jentera RSV4 yang pernah menjuarai perlumbaan WSBK sebanyak empat kali. Ia juga telah dipadatkan dengan teknologi terkini seperti sistem elektronik terkini dengan pakej kawalan dinamik seperti APRC, Cornering ABS, Pit Limiter dan Cruise Control.

Tuono baru ini memiliki enjin V-4 dengan tiga mod tunggangan iaitu Sport, Race dan Track. Bersesaran 1,077cc serta memiliki kuasa maksimum setinggi 175hp pada 11,000rpm dan tork 121Nm pada 9,000rpm. Fork hadapan Ohlins NIX jenis terbalik dan kemantapan kawalan dalam selekoh disumbangkan oleh lengan ayun aluminium yang lengkap dengan penyerap hentak mono Ohlins. Model baru ini berharga RM104,251 (termasuk GST). RR

Isu Pada

Disember 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.