☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 September 2020

Vespa Sei Giorni II Edition Kini Berada di Pasaran Negara

Bersempena dengan acara Vespa Day, Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Piaggio di Malaysia telah memperkenalkan sebuah jentera edisi terhad Vespa Sei Giorni II Edition.

Vespa “Sei Giorni”, nama ini digunakan sempena penglibatan Vespa dalam perlumbaan Sei Giorni Internazionale yang lasak dan berprestij pada tahun 1951 di Varese, Itali. Terdapat 10 buah jentera Vespa menyertai perlumbaan tersebut pada waktu itu. Namun, Vespa berjaya mengutip sebanyak 9 pingat emas.

Vespa Sei Giorni II Edition didatangkan dengan enjin baru 300 HPE (High Performance Engine), silinder tunggal dengan sistem suntikan bahan api elektronik. Model ini mampu menjana kuasa maksimum 17.5kW (23.8hp) pada 8,250rpm dan tork 26Nm pada 5,250rpm.

Model ini tampak lebih menarik dengan lampu utamanya yang berbentuk bulat yang diletakkan di bahagian mudguard hadapan. Manakala di bahagian hadapan dan tepi terdapat pelekat bernombor 6.

Antara kelengkapan lain yang ditawarkan ialah paparan meter analog serba baru, ruang simpan bawah pelana yang luas, tempat meletak barang kecil di hadapan, brek-brek jenis cakera, tangki bahan api 8.5 liter, soket USB, lampu LED dan sistem ABS dua saluran.

Vespa Sei Giorni II Edition hadir dengan satu warna sahaja iaitu Grey Titanio. Skuter ini boleh dimiliki pada harga RM34,500 beserta dengan cermin penghadang angin (windscreen) versi Vespa GTS, bracket kotak barang dan kotak barang 36 liter secara percuma. RR

Isu Pada

Oktober 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.